awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan kepada agensi pelancongan di Sabah bermula minggu depan - Jafry

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
09/12/2020
12:56 MYT
Bantuan kepada agensi pelancongan di Sabah bermula minggu depan - Jafry
Datuk Jafry Ariffin berkata bantuan tersebut akan melibatkan sebanyak 503 syarikat pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU:Syarikat pelancongan dan pengembaraan di Sabah akan menerima bantuan secara one-off (sekali bayar) bermula minggu depan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata bantuan tersebut akan melibatkan sebanyak 503 syarikat pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
"Kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan one-off kepada 503 agensi pelancongan dan pengembaraan di Sabah yang berdaftar dengan MOTAC membabitkan jumlah peruntukan lebih RM2 juta.
"Bantuan one-off sebanyak RM4,000 setiap agensi itu adalah sebahagian dariapda peruntukan Sabah New Deal untuk aktiviti Meetings Incentives Conferencing and Exhibitions (MICE) manakala sebahagian lagi adalah peruntukan sedia ada dari kerajaan negeri.
"Ia merupakan satu bantuan sekali gus penghargaan kepada sumbangan agensi agensi pelancongan selama ini dan akan mula disalurkan pada minggu hadapan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Sebelum ini, Jaffry memaklumkan beberapa perjumpaan dengan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan telah diadakan untuk mendengar pemasalahan yang dihadapi mereka.
Jelasnya beliau berharap dengan adanya bantuan khas yang disalurkan, semua pengusaha mampu untuk kembali mengaktifkan semula perniagaan masing-masing selepas kebenaran diberikan kerajaan.
Beliau turut menyeru kepada semua pengusaha agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan agar keyakinan pelancong kembali meningkat.
Topic Berkaitan
#Sabah
#syarikat pelancongan
#Jafry Ariffin
#Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
#MOTAC
#Sabah New Deal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan