awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam Perak, bekas ADUN RM500

Aida Aziz
Aida Aziz
16/04/2022
08:34 MYT
Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam Perak, bekas ADUN RM500
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pemberian bantuan berkenaan membabitkan peruntukan sebanyak RM7.9 juta dan akan memanfaatkan 7,907 penjawat awam di negeri ini. - Gambar fail/Astro AWANI
IPOH: Penjawat awam negeri Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1,000 pada 25 April ini.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pemberian bantuan berkenaan membabitkan peruntukan sebanyak RM7.9 juta dan akan memanfaatkan 7,907 penjawat awam di negeri tersebut.
Katanya lagi, bantuan tersebut juga membabitkan semua gred perjawatan termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service dan Contract For Service.
"Kerajaan negeri bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada seluruh penjawat awam negeri Perak.
"Turut menerima bantuan khas tersebut adalah guru sandaran tidak terlatih (GSTT), guru i'dadi, guru thanawi, guru tadika Islam, Orang Besar Jajahan, pegawai sambilan harian dan Tok Batin.
"Penyaluran bantuan khas tersebut akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Saarani menambah, buat julung-julung kali bantuan khas Aidilfitri akan turut disalurkan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan kadar RM500 seorang.
Beliau menyifatkan pemberian tersebut adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memikul tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
Topic Berkaitan
#Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
#penjawat awam
#Perak
#Menteri Besar
#Saarani Mohamad
#bekas ADUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan