awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar kepada penjawat awam 17 April ini

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2023
04:25 MYT
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar kepada penjawat awam 17 April ini
BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang layak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 pada 17 April ini.
Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak akan menerima RM700.
BKKA sebanyak RM350 pula akan diberikan kepada pesara perkhidmatan awam.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Zulkapli Mohamed, berkata BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
"Bagi pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 layak menerima RM700," katanya dalam satu kenyatan.
BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.
Ketika membentangkan Belanjawan 2023 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan, pemberian BKKA adalah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.
Topic Berkaitan
#Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
#BKKA
#penjawat awam
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan