PUTRAJAYA: Kerajaan telah memperuntukkan bantuan berjumlah RM150 juta di bawah Dana Jaminan Makanan (DJM) dan pinjaman mudah bagi mentransformasikan nelayan melalui perolehan vesel moden berteknologi tinggi.
Jabatan Perikanan dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua kemudahan itu adalah untuk pembangunan industri perikanan pantai menerusi program pemodenan vesel, menggalakkan penggunaan peralatan mesra alam dan peningkatan mekanisasi peralatan tangkapan vesel di Zon A dan Zon B.
"Ia (bantuan) membuka peluang nelayan tradisi di Zon A dan Zon B menaik taraf dan memodenkan vesel, mekanisasi, peralatan tangkapan yang lebih efisien dan mesra sumber.
"Selain itu, ia meningkatkan aspek keselamatan dan peningkatan kualiti hasil tangkapan secara mampan selain secara langsung meningkatkan pendapatan nelayan A dan Zon B," menurut jabatan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Laut Sedunia hari ini.
Menurut Jabatan Perikanan, kemudahan bantuan itu juga menggalakkan vesel beroperasi di zon yang lebih jauh, mengubah suai vesel dengan konsep ke arah pemodenan vesel, pembelian enjin baharu atau menambah baik peralatan menangkap ikan bagi berpindah ke Zon C.
"Ini seterusnya akan meningkatkan proses pemuliharaan semula jadi stok ikan dan kualiti ekosistem di kawasan kurang 12 batu nautika dari pantai dan mewujudkan kawasan menangkap ikan yang stabil serta penerokaan yang mapan.
"Ini sekali gus akan mengurangkan kebergantungan penggunaan kru bukan warganegara bekerja di atas vesel penangkapan ikan tempatan dan menggalakkan penglibatan kru warganegara termasuk belia bekerja di atas vesel penangkapan ikan yang moden dan selesa," menurut jabatan itu.
Jabatan Perikanan memaklumkan Malaysia sebagai satu daripada negara yang telah memeterai Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) dituntut untuk memastikan sebanyak 10 peratus daripada keluasan perairan marin negara dijadikan sebagai Kawasan Perlindungan Marin (MPAs) menjelang 2020.
Sehingga kini, jumlah keluasan perairan yang ditadbir urus oleh Jabatan Perikanan adalah 2,486.13 kilometer persegi (km2) manakala jumlah keseluruhan MPA untuk Malaysia adalah sebanyak 2,631.8093 km2.
Dengan adanya MPAs, Malaysia akan mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang ke-14 khususnya sasaran 14.1, 14.2 dan 14.5 iaitu Kehidupan Dalam Air di bawah SDG.
"Pencapaian SDG tersebut seterusnya akan menjamin kelestarian jaminan makanan dari sumber marin dengan lebih mampan di samping kehidupan marin yang lain seperti terumbu karang," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Malaysia sebagai satu daripada negara yang telah memeterai Konvensyen Kepelbagaian Biologi dituntut memastikan 10 peratus daripada keluasan perairan marin negara dijadikan sebagai Kawasan Perlindungan Marin menjelang 2020. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Bantuan RM150 juta untuk transformasi nelayan
Kedua-dua kemudahan itu adalah untuk pembangunan industri perikanan pantai.