MALAYSIA
Bantuan segera beri kelegaan kepada mangsa ribut di Labuan
Keluarga berpendapatan rendah di Labuan, lega selepas menerima bantuan segera untuk membaiki rumah yang terjejas akibat kejadian ribut baru-baru ini. - Gambar Bernama
LABUAN: Keluarga berpendapatan rendah di sini, lega selepas menerima bantuan segera untuk membaiki rumah yang terjejas akibat kejadian ribut baru-baru ini.
Mangsa Ismail Khamis, 61, dari Durian Tunjung berkata, amat terkesan dengan kejadian itu sehingga berasa agak mustahil untuk membaiki rumah dalam masa singkat.
"Kami ingat memerlukan masa lama untuk membaiki (rumah) sedikit demi sedikit. Kami tidak menyangka menerima bantuan secepat ini," kata bapa kepada lima anak itu.
Bantuan itu diterima selepas peruntukan RM250,000 disalurkan segera bagi membantu mangsa membaiki enam rumah yang rosak teruk akibat bencana tersebut.
Kerja baik pulih bermula hari ini, dan perlu disiapkan dalam tempoh 14 hari bagi memastikan mangsa dapat segera kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.
Dalam tempoh itu, setiap keluarga menerima bantuan antara RM1,500 dan RM3,000 bagi menetap sementara di inap desa, bantuan yang disifatkan mereka sebagai amat diperlukan.
"Ini memastikan anak-anak dapat tidur dengan selamat," kata Sufiyana Arbie, 45, dari Lubuk Temiang.
Penduduk menyifatkan bantuan baik pulih dan penempatan sementara itu menunjukkan mereka mendapat perhatian sewajarnya semasa berdepan kesukaran.
Inisiatif diluluskan segera itu dianggap "talian hayat" semasa berdepan saat sukar dan mereka juga bersyukur dengan jaminan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman bahawa tiada keluarga terpinggir daripada menerima bantuan.
Suhaili juga merakamkan penghargaan kepada kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan pegawai di lapangan yang bertindak pantas membantu mangsa terlibat.
-- BERNAMA