awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Banyak fitnah ditaburkan kepada saya" - Hamzah

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
17/06/2023
02:24 MYT
"Banyak fitnah ditaburkan kepada saya" - Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan melayan laporan yang mendakwa kediamannya diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pada Selasa lalu. - Gambar fail BERNAMA
MARANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan melayan laporan yang mendakwa kediamannya ‘diserbu’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pada Selasa lalu.
Menurut Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), sudah terlalu banyak fitnah yang telah ditaburkan kepadanya.
Dalam masa sama, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut akan mengambil tindakan termasuk saman terhadap mereka yang berbuat demikian.
“Saya nak maklumkan sudah banyak fitnah ditaburkan terhadap saya. Saya tidak mahu menjawab kepada semua perkara fitnah, berita-berita telah pun disebarkan (secara) meluas dalam negara kita.
“Yang pastinya, saya akan ambil tindakan bila sampai masanya Insya-Allah. Saya sudah minta pegawai saya untuk melihat semua sama ada berita daripada yang rasmi, yang tidak rasmi… saya hanya kumpulkan dahulu ini (dan) saya sudah ada maklumat,” kata Hamzah.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Marang, di Binjai Rendah, di sini, malam tadi.
Dalam masa sama, Hamzah menegaskan, beliau juga akan membuktikan apa yang berlaku itu hanya fitnah untuk memburukkan nama pemimpin PN.
Beberapa hari lalu, media melaporkan kediaman Ketua Pembangkang itu diserbu dan digeledah oleh pegawai dari LHDN.
Pada Jumaat pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan oleh LHDN di kediaman Hamzah.
Kata Anwar, serbuan dan penggeledahan oleh pegawai LHDN di rumah Hamzah merupakan urusan agensi berkenaan selaku badan penyiasat.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#rumah Hamzah diserbu LHDN
#fitnah
#Ketua Pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan