PUTRAJAYA: Banyak negara menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Zambry berkata perkara itu disuarakan oleh beberapa wakil negara asing selepas mengadakan mesyuarat dua hala antaranya dari Tajikistan, Azerbaijan, Jepun, Microsoft dan Konsortium Universiti United Kingdom-Malaysia (UK-MUC), ketika berada di The Education World Forum (EWF) di London, United Kingdom, baru-baru ini.
"Dalam pertemuan dengan Menteri Pendidikan dan Sains Tajikistan Nuriddin Said, beliau menyatakan hasrat bekerjasama dengan Malaysia untuk menaik taraf bidang pendidikan.
"Pada masa sama, program pertukaran pelajar akan diteruskan dan jumlah pelajar Tajikistan kini lebih 200 orang di Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Zambry berkata perjumpaan bersama dengan Menteri Pendidikan Azerbaijan Emin Amrullayev membincangkan mengenai kerjasama yang dapat dibentuk antara kedua-dua negara.
Menurut beliau, Emin memaklumkan bahawa Azerbaijan sangat berharap untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan bagi menghantar lebih ramai pelajarnya menyambung pengajian.
"Azerbaijan juga dalam usaha membangunkan semula pendidikan tinggi di kawasan Karabakh dan mereka turut menyatakan harapan sekiranya Malaysia dapat membantu dan berkolaborasi dalam hal ini," katanya.
Selain itu, Zambry berkata lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara Asia Tengah juga telah membuka ruang untuk negara-negara lain di sekitar bekerjasama dengan Malaysia menerusi pelbagai bidang bersandarkan keyakinan dan kualiti yang dibawa oleh delegasi kerajaan Malaysia.
"Dalam pertemuan saya dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Budaya, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun Akio Fujiwara, beliau menyatakan kesediaan negara itu untuk berkongsi pengalaman dalam perihal Programme for International Student Assessment (PISA).
"Kami juga berbincang untuk melihat dan memartabatkan semula kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kolaborasi antara institusi Malaysia dan Jepun," katanya.
Zambry berkata pertemuan dengan pihak Microsoft pula menjurus kepada bidang kecerdasan buatan (AI), dengan peluncuran Malaysia AI Nexus telah mendorong Microsoft untuk terus bekerjasama secara aktif dengan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Tinggi.
Seterusnya, beliau berkata kerjasama pendidikan antara United Kingdom dan Malaysia terus diperkukuh melalui Konsortium Universiti UK-Malaysia (UK-MUC) dengan pelbagai program peringkat tinggi terus direncanakan.
"EWF sememangnya mengumpulkan ramai menteri pendidikan dan pendidikan tinggi yang membolehkan perkongsian antara negara bagi menjadikan pendidikan sebagai wadah utama untuk pembangunan masyarakat dan negara.
"Pengantarabangsaan Malaysia dalam pendidikan tinggi di peringkat global ini semakin mendapat perhatian dari negara lain dan akan terus diperkasakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
Zambry berkata perkara itu disuarakan oleh beberapa wakil negara asing selepas mengadakan mesyuarat dua hala ketika berada di The EWF di London, United Kingdom, baru-baru ini. - Gambar fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Banyak negara tunjuk minat untuk kerjasama dengan Malaysia dalam pendidikan tinggi
Banyak negara menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
UK haramkan pemilikan akhbar oleh negara asing
Langkah itu dibuat susulan kebimbangan mengenai potensi pengambilalihan Daily Telegraph dan Spectator oleh kumpulan yang disokong oleh UAE.
Naib Presiden Taiwan tiba di San Francisco
Naib Presiden Taiwan dan calon presiden Lai Ching-te dilaporkan transit di San Francisco di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, walaupun Beijing mengecam tindakan itu.
Rusia lancar khidmat e-Visa untuk rakyat daripada 55 negara
Rusia pada Selasa membuka kemudahan visa elektronik (e-visa), sekali gus menjadikan perjalanan ke negara itu lebih mudah bagi rakyat daripada 55 buah negara.
Konflik Sudan: Mesir, Tunisia, Itali, Sepanyol, Ghana mula bawa keluar rakyat
Pihak berkuasa Mesir pada Ahad memindahkan 436 rakyatnya dari Sudan dengan menggunakan laluan darat, menurut Kementerian Luar Mesir.
Rakyat Malaysia manipulasi imigresen, tinggal lebih lama di negara asing
Terdapat rakyat Malaysia mengambil kesempatan dengan memanipulasi undang-undang imigresen tempatan bagi membolehkan mereka menetap di negara asing dengan tempoh yang lebih lama
Pekerja Malaysia ahli profesional, bukan buruh kasar di luar negara - Tun M
Lazimnya rakyat Malaysia yang bekerja di negara luar mempunyai ilmu yang tinggi dan bukannya bekerja sebagai buruh kasar atau pembantu rumah.
Anggota UMNO perlu belajar daripada peristiwa 2008 - Mahdzir
Peristiwa itu seharusnya mengajar anggota parti untuk tidak bersikap sambil lewa, sebaliknya melipatgandakan usaha untuk memastikan kemenangan pada PRU akan datang.