NATIONAL
Banyak sisa elektronik haram masuk ke Malaysia dari Jepun, AS - Nik Nazmi
Nik Nazmi meninjau operasi memeriksa kontena yang mengandungi sisa elektronik (e-waste) haram di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor pada Isnin. - Foto BERNAMA
KLANG: Sebanyak 354 buah kontena disyaki mengandungi sisa elektronik atau e-waste dan sisa plastik ditahan pihak berkuasa sejak 14 Mac lalu di Pelabuhan Klang.
Ringkasan AI
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kebanyakan sisa haram itu datang dari Jepun dan Amerika Syarikat (AS).
“Penahanan dibuat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor hasil maklumat yang diterima sebuah badan bukan kerajaan berpangkalan di Amerika Syarikat mengenai kemasukan kontena dari negara itu.
“Pelbagai agensi penguatkuasaan dan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan meneruskan pemeriksaan ke atas baki kontena yang belum diperiksa,” katanya dalam sidang media, di sini, pada Isnin.
Dalam tempoh 1 Januari hingga 13 Mei lalu, JAS telah memeriksa 179 buah kontena yang disyaki membawa e-sisa dengan 122 daripadanya disahkan membawa sisa secara haram menerusi pengisytiharan palsu.
Susulan itu, sebanyak 119 Notis Arahan telah dikeluarkan kepada syarikat pengimport di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi tujuan pemulangan semula kontena ke negara asal.
Beliau menegaskan, kerajaan tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelupusan sisa haram.
“Isu pembuangan sisa haram ini bukan hanya dihadapi Malaysia namun turut dihadapi negara lain seperti Filipina dan Indonesia.
“Antara negara-negara yang kita tengok, sisa haram ini datang banyak dari Jepun dan Amerika Syarikat tapi ada juga dari negara-negara lain.
“Maka, kita akan meningkatkan lagi kawalan dan pemeriksaan di semua pelabuhan negara terutama Pelabuhan Klang yang antara terbesar di dunia,” ujarnya.
Ringkasan AI
- Sejak 14 Mac, pihak berkuasa menahan 354 kontena disyaki mengandungi sisa elektronik dan plastik, kebanyakannya dari Jepun dan Amerika Syarikat, hasil maklumat daripada NGO antarabangsa.
- Daripada 179 kontena yang diperiksa, 122 disahkan membawa sisa secara haram melalui pengisytiharan palsu. Sebanyak 119 Notis Arahan telah dikeluarkan untuk memulangkan sisa ke negara asal.
- Kerajaan menegaskan tiada kompromi terhadap cubaan menjadikan Malaysia sebagai tempat pelupusan sisa haram, dan akan memperketat kawalan di semua pelabuhan, terutama Pelabuhan Klang.