awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyakkan program latihan, bukan sekadar beri 'one-off handouts' - Anis Yusof

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
04/11/2021
22:21 MYT
Banyakkan program latihan, bukan sekadar beri 'one-off handouts' - Anis Yusof
Apa yang diperlukan ialah latihan bagi membolehkan mereka berdikari dan tidak berterusan mengharapkan bantuan.
KUALA LUMPUR: Bantuan 'one-off' untuk wanita merupakan langkah baik khususnya dalam memberi talian hayat kepada golongan yang memerlukan.
Namun, Naib Presiden Kanan Hal Ehwal Kerajaan, Lazada Malaysia, Anis Yusof melihat bantuan one-off handouts yang diberikan kerajaan sebagai langkah tidak proaktif bagi memperkasakan wanita dalam tempoh jangka panjang.
Sebaliknya apa yang diperlukan ialah latihan bagi membolehkan mereka berdikari dan tidak berterusan mengharapkan bantuan.
"Kita sudah biasa dengan bantuan seperti ini tetapi ia tidak akan membantu memperkasakan wanita dalam jangka masa panjang.
"Seperti pepatah 'teach a man to fish and he'll eat for a lifetime'.
"Kita perlu fikir perancangan jangka panjang, ajar tentang teknologi, pendidikan, upskilling, program keusahawanan.
"Bagaimana mereka nak masuk bidang perniagaan dan bagaimana pula nak bergerak dari offline kepada online," katanya ketika muncul dalam Dialog 3 Penjuru di Astro AWANI, pada Khamis.
Ujarnya, pemerkasaan wanita sebenarnya tidak hanya kepada angka dalam bajet, tetapi memberi ruang secukupnya kepada kaum wanita.
"Selepas bagi bantuan, apa seterusnya. Kalau kita tidak fikir begini, takkan ada kesan.
"Kena fikir apa lagi yang kita boleh buat nak expand, pastikan ia beri manfaat jangka panjang supaya kita sentiasa ada makanan, ada rumah, suara kita juga didengari.
"Beri wanita skil, pendidikan, beri mereka ilmu untuk mereka bawa sepanjang hidup," ujarnya.
Banyakkan program latihan, bukan sekadar beri one-off handouts - Anis Yusof
Topic Berkaitan
#wanita
#keusahawanan
#Anis Yusof
#Dialog 3 Penjuru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan