awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa Ahli Parlimen Kota Melaka ditemui selamat selepas 14 jam

Bernama
Bernama
25/09/2019
02:55 MYT
Bapa Ahli Parlimen Kota Melaka ditemui selamat selepas 14  jam
Khoo Nian Koon (tengah) mengalami kecederaan ringan, dipercayai akibat terjatuh lalu tergelincir ketika mencari jalan keluar malam tadi. - Astro AWANI
Bapa kepada Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang sesat ketika keluar melakukan aktiviti joging di sebuah kebun kelapa sawit, petang semalam ditemui selamat pada pukul 8.35 pagi ini.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Penguasa Bomba Zukhairani Ramli berkata mangsa Khoo Nian Koon, 73, sesat selama kira-kira 14 jam selepas memasuki laluan joging sepanjang 5.29 kilometer di Ladang Sawit Panchor, Jalan Machap Umboo, Alor Gajah.
Katanya, mangsa dipercayai masuk ke kebun kelapa sawit itu kira-kira pukul 6.00 petang semalam.
"Pihak bomba menerima aduan pada pukul 1.03 pagi ini dan telah menghantar lapan anggota bomba dari Balai Bomba Alor Gajah untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada pukul 2.30 pagi ini.
"Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan kepala, beliau dipercayai terjatuh akibat tergelincir ketika mencari jalan keluar malam tadi.
"Menurut mangsa beliau ada mendengar bunyi siren pasukan SAR bomba namun disebabkan terlalu penat beliau mengambil keputusan untuk berehat seketika sebelum turun ke kawasan check point dan jumpa pos SAR Bomba awal pagi ini," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Zulkhairani berkata mangsa dibawa oleh Ambulan EMRS Bomba ke Balai Polis Machap sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapat rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Kota Melaka
#Alor Gajah
#bomba
#check point
#JBPM
#JBPM Melaka
#joging
#kebun kelapa sawit
#Khoo Nian Koon
#Khoo Poay Tiong
#polis
#SAR
#selamat
#sesat
#sesat 14 jam
#Zukhairani Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan