Bapa Bolasepak Johor, Datuk Suleiman Mohd Noor, 88, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ malam ini.
Berita kematian bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu disahkan oleh Johor Southern Tigers menerusi laman Facebook.
"Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Suleiman Mohd Noor, Bapa Bolasepak Johor yang telah meninggal dunia sebentar tadi.
"Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah," menurut laman sosial rasmi JDT itu.
Allahyarham difahamkan meninggal dunia pada 7.50 malam ketika menerima rawatan dialisis di hospital berkenaan.
Berita kematian beliau turut disahkan bekas pemain kebangsaan negara Hassan Miskam yang juga bekas pemain skuad Johor dan pemain kebangsaan era 80-90an.
Turut bersedih atas kehilangan ikon prolifik bolasepak Johor itu, bekas pemain berusia 49 tahun itu menyifatkan pemergian Suleiman sebagai satu kehilangan besar bagi dunia bola sepak negara.
Hassan Miskam berkata beliau mengetahui berita kematian tokoh berkenaan menerusi teks WhatsApp dari penolong jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Ismail Ibrahim.
"Allahyarham seorang yang serius apabila berada di padang bola dan selalu memberi semangat kepada kami pemain. Meskipun pada ketika itu sukar dapat penaja, tapi kami sentiasa bersemangat untuk buat yang terbaik," katanya ketika dihubungi Bernama..
Bagaimanapun di luar padang, Allahyarham dihormati kerana sifatnya yang suka bergurau dan dianggap seperti bapa kepada pemain-pemain.
"Bila Johor menang Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1985, beliau boleh dianggap sebagai antara penggerak kepada kejayaan itu.
"Jasa beliau terlalu besar kepada bola sepak Johor sehingga tiada perkataan yang boleh menggambarkan betapa besar pengorbanannya pada skuad Johor," kata bekas penjaga gol kebangsaan itu.
Hassan merupakan pemain skuad Johor dari tahun 1987 sehingga 1993 dan pernah bermain dengan skuad kebangsaan beberapa tahun termasuk mewakili negara ketika Sukan SEA 1991.
Pada tahun 1991 juga, skuad bola sepak Johor menjadi pasukan pertama yang mendapat gelaran berganda setelah memenangi Piala Malaysia dan Juara Liga di bawah pengurusan Allahyarham Suleiman.
Allahyarham juga pernah diberi penghormatan merasmikan pusat latihan tertutup JDT yang dinamakan Pusat Latihan Tertutup Datuk Suleiman Mohd Noor di Padang Seri Gelam, Johor Bahru bagi menghargai jasanya dengan skuad Johor pada April tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2017
Di luar padang, Allahyarham dihormati kerana sifatnya yang suka bergurau dan dianggap seperti bapa kepada pemain-pemain. - Gambar fail
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Bapa Bola Sepak Johor meninggal dunia
Berita kematian bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu disahkan oleh Johor Southern Tigers menerusi laman Facebook.