JOHOR BAHRU: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan keputusan sebulat suara itu selepas menolak permohonan semakan Azman Abd Rahman, 49, untuk menggantikan hukuman mati kepada penjara seumur hidup mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Tengku Maimun menerima bantahan pihak pendakwaan terhadap permohonan semakan Azman untuk mengetepikan hukuman mati terhadapnya.
"Permohonan pemohon (Azman) ditolak dan hukuman sedia ada dikekalkan," kata Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.
Terdahulu, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar membantah permohonan semakan Azman yang diwakili Peguam S. Vijay Ratnam dan meminta mahkamah mengekalkan hukuman mati.
"Bedah siasat menemui lebih 72 kesan kecederaan pada jasad mangsa terutama pada bahagian otot, paru-paru, kepala dan perut berpunca daripada hentakan kuat menggunakan benda tumpul.
"Menurut saksi yang merupakan pekerja pemohon, dia cuba menghalang perbuatan Azman memukul mangsa yang hanya berusia enam tahun itu, tetapi dimarahi dan diingatkan supaya tidak masuk campur dalam urusan keluarga," kata Mohd Dusuki.
Sementara itu, Vijay Ratnam memohon mahkamah membenarkan semakan dengan mengetepikan hukuman mati atas alasan anak guamnya kesal dengan perbuatannya dan kini menghidap beberapa penyakit iaitu kecelaruan personaliti antisosial, tekanan darah tinggi dan kronik hepatitis C.
Pada 5 Jun 2015, Mahkamah Tinggi di Melaka menjatuhkan hukuman mati terhadap Azman selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan membunuh Muhammad Firdaus Mohd Dan di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Solok Pinang Gadek, Alor Gajah, Melaka antara pukul 10.30 pagi hingga 2.15 petang, 10 Okt 2011 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Rayuan Azman yang bekerja memproses kayu getah itu ditolak Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 Sept 2016, sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman pada 5 Okt 2017.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pemohon (Azman), mangsa memaklumkan kepada Azman mahu membuang air kecil atau air besar, bagaimanapun mangsa ditampar di pipi dengan kuat.
Apabila mereka tiba di satu kawasan, Azman memarahi mangsa dan menendang rusuk kanak-kanak itu menggunakan but (kasut) keselamatan selain memukul berkali-kali menggunakan dahan kayu dan rotan sehingga mangsa jatuh tersungkur.
Sewaktu dalam perjalanan pulang, mangsa dilihat telah membuang air besar dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan darah mengalir keluar dari telinganya, sebelum Azman membawa kanak-kanak itu ke Hospital Alor Gajah dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Persidangan Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru itu berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok, melibatkan keseluruhan 98 kes bagi pesalah terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing termasuk Indonesia, Nigeria, Iran, India, Togo, Guinea, Pakistan dan Singapura yang ditahan di Penjara Kluang dan Penjara Simpang Renggam.
Sebanyak 36 kes melibatkan permohonan semakan hukuman mati dan permohonan semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat, bersidang di Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Panel tiga hakim memutuskan keputusan sebulat suara itu selepas menolak permohonan semakan Azman Abd Rahman untuk menggantikan hukuman mati kepada penjara seumur hidup. - Foto Bernama

PM pelawa syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot sambung semula penerbangan langsung ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat mungkin.

Semakan semula Akta Industri Pelancongan dijangka siap suku pertama 2026 - MOTAC
Kajian semakan semula Akta 482 telah dimulakan pada Ogos 2023 melalui pelaksanaan 54 sesi libat urus.

Malaysia gariskan agenda berani untuk PUIC mengenai belia, inovasi dan keadilan
Johari Abdul menyeru ahli Parlimen tidak sekadar menjalankan peranan simbolik sebaliknya mengamalkan agenda berprinsip yang berpandangan ke hadapan.

Pemimpin GCC gesa konflik Gaza dihentikan di Sidang Kemuncak bersama Trump
"Kami bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin," titah Putera Mahkota Arab Saudi.

Akta Pembaharuan Semula Bandar buka kelebihan ketara - PropertyGuru Malaysia
Akta itu dijangka mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v

Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.