awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa dan adik lelaki Rozman pemegang saham paling rendah dalam LLPM - Saksi

Bernama
Bernama
14/02/2023
08:25 MYT
Bapa dan adik lelaki Rozman pemegang saham paling rendah dalam LLPM - Saksi
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bapa dan adik lelaki kepada Datuk Rozman Isli (gambar) merupakan pemegang saham paling rendah dalam Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bapa dan adik lelaki kepada Datuk Rozman Isli merupakan pemegang saham paling rendah dalam Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM), syarikat pengendali sementara Terminal Pelabuhan Merdeka Wilayah Persekutuan Labuan.
Penolong Pendaftar Syarikat di Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Adlin Shahira Mohd Roslan, 31, berkata, Isli Siput dan Tony Noolan, masing-masing memiliki 31,250 unit daripada keseluruhan tiga juta saham berbayar syarikat tersebut.
"Maklumat itu berdasarkan laporan tahunan syarikat tersebut bagi tempoh empat tahun iaitu 2017, 2018, 2019 dan 2020," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Labuan itu yang berdepan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi LLPM yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.
Saksi pendakwaan ke-22 itu juga berkata, SSM membekalkan laporan tahunan itu berikutan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan maklumat termasuk pemilikan saham syarikat berdaftar.
Ketika disoal balas peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Rozman, Adlin Shahira bersetuju bahawa bapa dan adik Rozman memiliki pegangan saham paling sedikit iaitu masing-masing 1.04 peratus dalam syarikat tersebut.
Rozman, 59, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 6 Mac. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Rozman Isli
#Isli Siput dan Tony Noolan
#Labuan Liberty Port Management
#kes bekas Ahli Parlimen Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan