JELI: Seorang warga emas dikhuatiri hilang ketika menanam pokok durian di kebunnya di Pasir Dusun di sini pada Khamis lalu.
Lelaki terbabit, Yaakub Ismail, 76, disedari hilang pada jam 3.30 petang.
Kehilangan itu disedari oleh anak bongsunya, Mohd Sufian Ya’akub, 49, yang kemudian membuat laporan polis.
Mohd Sufian berkata, pada hari kejadian, bapanya terlebih dahulu keluar menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Daihatsu Feroza dari rumah mereka di Kampung Berangan Masjid, Tumpat untuk ke kebun tersebut pada jam 8.30 pagi.
Katanya, selepas dua jam, dia pula menyusul menaiki kenderaan lain dan tiba di kebun tersebut pada jam 12.30 tengah hari.
“Ada kereta bapa diletakkan di kawasan kebun dan saya pun meneruskan kerja membersihkan kebun tanpa mengesyaki apa-apa. Saya sangkakan dia ada di dalam kawasan kebun itu.
"Sehinggalah waktu hendak pulang pada jam 3.30 petang, dia tidak muncul-muncul dan saya mencarinya tetapi tidak jumpa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Mohd Sufian berkata, dia telah mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung untuk mencari bapanya di kawasan kebun mereka seluas lebih dua hektar itu namun tetap gagal menemuinya.
“Saya cuba menelefon bapa tetapi gagal dihubungi sehingga hari keempat hari ini. Usaha mencarinya masih diteruskan.
“Kami pergi ke kebun seminggu sekali untuk usahakan tanaman durian. Saya berharap bapa akan ditemui semula dalam keadaan selamat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Arifin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung orang hilang seterusnya melancarkan gerakan mencari di kawasan tersebut.
“Orang hilang memakai baju kemeja, seluar sukan berwarna hitam dan berkasut but berwarna hitam.
“Usaha mencari diteruskan dengan menggunakan anjing dari Unit K9 Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Rakyat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dibantu penduduk kampung,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 22 2022

Pasukan mencari meneruskan usaha hari ini selepas Yaakub dikhuatiri hilang pada Khamis. - Foto Sinar Harian

Alam Sekitar | Sisa buangan di laut bernilai buat artis profesional Australia
Menjadi rutin bagi nelayan dekat Geraldton, Australia Barat yang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan laut, malah sampah sarap yang dijumpai di serata permukaan laut. Menariknya, sampah berkenaan bukan dibuang semula atau dilupuskan di pusat pelupusan, sebaliknya ia diserahkan kepada pengiat seni untuk direka semula menjadi karya seni luar biasa.

Sukan Komanwel | BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal meletakkan sasaran pingat buat kem badminton negara pada Sukan Komanwel 2022. Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM akan memperincikan sasaran pingat terbaharu susulan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu dikesan minggu ini
15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan jumlah kumulatif Malaysia meningkat kepada 4,552,359 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

Kastam | Elak ganja masuk dari Thailand, pintu sempadan diperketat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia. Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam, Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Malaysia. #

Penuaan Usia | Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes - KJ
Kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin, situasi itu akan menyebabkan sebahagian besar populasi di Malaysia akan terlibat dengan pelbagai faktor risiko dan mobiditi seperti obesiti serta diabetes.

10 Berita Pilihan - (25 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Jun 2022.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

Warga emas diami bangunan terbiar penuh sampah diselamatkan
Warga emas berusia 63 tahun itu dipercayai mendiami bangunan dipenuhi sampah sarap itu sejak lebih dua tahun lalu.

Dua beranak ditahan tembak kucing jiran guna senapang angin
Tidak tahan kucing betina milik jiran masuk rumah, warga emas dan anaknya membunuh haiwan itu.

Warga emas, golongan berpenyakit kronik disaran ambil dos penggalak kedua - Khairy
Dijangka berlaku pasang surut kes COVID-19 dan kemungkinan negara ini dilanda gelombang baharu dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

Warga emas terkejut terima tunggakan bil air lebih RM5,000
Seorang warga emas berusia 82 tahun mengakui terkejut apabila menerima bil air dari bulan April hingga Disember tahun lalu mencecah RM5,563.90.

Warga emas maut tertembak diri sendiri dalam kebun durian
Punca kematian adalah disebabkan pendarahan akibat tembakan.

Warga emas ditahan cuba sogok polis, kes dadah
Ujian saringan air kencing mendapati suspek yang merupakan warga tempatan positif dadah jenis methamphetamin, amphetamin dan ketamin.

Penunggang motosikal maut terperosok bawah treler
Motosikal yang dinaiki mangsa bersama pembonceng yang datang dari arah sama terlanggar bahagian tayar hadapan treler berkenaan.

Wanita warga emas rugi RM134,503 ditipu Macau Scam
Seorang wanita warga emas kerugian RM134,503 kerana menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa dia membuat pembelian wang digital bitcoin dalam kejadian baru-baru ini.

Warga emas rugi lebih RM4.3 juta terpedaya 'love scam'
Wanita berusia 66 tahun itu dikatakan telah membantu suspek yang mendakwa bekerja sebagai ahli kaji bumi.

Warga emas mengaku tidak bersalah curi pakaian di butik di Bukit Bintang
Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri pakaian bernilai lebih RM300 milik sebuah butik, semalam.