awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa kandung, ibu tiri ditahan, disyaki dera kanak-kanak 6 tahun

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/10/2024
08:45 MYT
Bapa kandung, ibu tiri ditahan, disyaki dera kanak-kanak 6 tahun
Doktor mengesahkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bahagian muka, dada, kedua-dua tangan, kaki dan peha akibat dipukul. - Foto PDRM
IPOH: Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Ladang Kalumpong, Bagan Serai.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, suspek lelaki berumur 47 tahun adalah bapa kandung mangsa manakala isterinya yang berumur 33 tahun adalah ibu tiri mangsa.
Menurutnya, kedua-dua mereka ditahan dalam serbuan yang dilakukan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, kira-kira jam 5.30 petang, Khamis lalu.
Dalam kenyataan, beliau berkata, polis menerima satu laporan penderaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, kira-kira jam 4.09 petang, hari yang sama.
Menurutnya, pihak polis turut merampas beberapa alatan yang dipercayai telah digunakan bagi mencederakan mangsa dan tiga botol cecair disyaki air ketum dalam serbuan itu.
Katanya, mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bahagian muka, dada, kedua-dua tangan, kaki dan peha akibat dipukul.
Tambahnya, mangsa kini ditempatkan di Hospital Taiping dan keadaannya dilaporkan stabil.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Juna berkata, kedua-dua suspek direman lima hari dari dari 10 hingga 14 Oktober.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam dan mereka yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Kerian di talian 05-7212222. 

Topic Berkaitan
#dera kanak-kanak
#suami isteri ditahan
#Bagan Serai
#Hospital Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan