awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa Larry Sng diisytihar muflis

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2021
00:51 MYT
Bapa Larry Sng diisytihar muflis
Sng Chee Hua (gambar) dikemukakan saman muflis oleh adiknya sendiri, Sng Chee Kian, bulan lepas. -Facebook Philip Hii
KUALA LUMPUR: Bapa kepada Ahli Parlimen Julau, Larry Sng diisytihar muflis susulan perbalahan dalam keluarga.
Menurut laporan muflis Jabatan Insolvensi, Datuk Sng Chee Hua dikemukakan saman muflis oleh adiknya sendiri, Sng Chee Kian, bulan lepas.
Bekas ahli politik itu kemudian diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 23 Mac lepas.
Ketika dihubungi, Larry berkata beliau ketika ini memilih untuk tidak terlibat dalam isu ini, memetik laporan The Star.
Sng Chee Hua pernah memegang jawatan sebagai ADUN Pelagus dari tahun 1991 hingga 2001.
Beliau turut menjadi Ahli Parlimen Julau dari tahun 1995 hingga 1999.
Selain itu beliau pernah memegang jawatan penting dalam beberapa parti politik, termasuk naib presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan timbalan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Beliau dilantik sebagai ketua bahagian PKR Sarikei pada November 2018 selepas memenangi pemilihan parti.
Larry pula umum meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak serta keluar parti pada Februari lepas.
Topic Berkaitan
#Larry Sng
#Sng Chee Hua
#muflis
#perbalahan keluarga
#Sng Chee Kian
#Mahkamah Tinggi
#perbalahan dalam keluarga
#Jabatan Insolvensi
#Ahli Parlimen Julau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan