awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa maut dalam perjalanan ambil anak sekolah di Nilai

Bernama
Bernama
09/12/2025
15:21 MYT
Bapa maut dalam perjalanan ambil anak sekolah di Nilai
Seorang bapa dalam perjalanan mengambil anaknya di sekolah maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah lori tangki di Jalan Perak berhampiran Kawasan Perindustrian Ringan Semarak tengah hari tadi.
NILAI: Seorang bapa dalam perjalanan mengambil anaknya di sekolah maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah lori tangki di Jalan Perak berhampiran Kawasan Perindustrian Ringan Semarak di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata kejadian berlaku lebih kurang 1 tengah hari membabitkan lori tangki Nissan dan motosikal SYM yang ditunggang mangsa berusia 38 tahun.
Beliau berkata mangsa yang bekerja sebagai pembantu pustakawan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
"Siasatan awal mendapati lori berkenaan dari arah Semarak menghala ke Kawasan Perindustrian Ringan. Ketika tiba di lokasi kejadian dan sedang membelok ke simpang kanan, motosikal ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan lalu melanggar lori berkenaan.
"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori lelaki berusia 41 tahun serta kelindan, 47, tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kedua-dua kenderaan turut dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Senawang untuk pemeriksaan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bapa
#kemalangan
#ambil anak sekolah
#Kawasan Perindustrian Ringan Semarak Nilai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan