awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa mengaku tidak bersalah dakwaan rogol anak kandung

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/07/2019
06:19 MYT
Bapa mengaku tidak bersalah dakwaan rogol anak kandung
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. - Astro AWANI
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan merogol anak kandungnya bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 48 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhannya dibacakan di hadapan Hakim Che Noralashiken Abd Razak.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak perempuannya berusia 19 tahun yang mana hubungan tersebut tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat, kebiasaan yang terpakai untuknya berkahwin.
Perbuatan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Rantau Panjang, Selama pada Jun lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Sariza mencadangkan tertuduh tidak dibenarkan jamin memandangkan tertuduh tinggal bersama mangsa.
Hakim Che Noralashiken kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 September depan untuk pengurusan kes dan lantikan peguam.
Topic Berkaitan
#Hukuman
#jenayah
#kes rogol
#mahkamah
#rogol anak kandung
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan