MALAYSIA
Bapa mentua Hamzah Zainudin meninggal dunia

Bapa mentua kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin (foto), Datuk Abdul Ghani Ngah, meninggal dunia pada jam 1.45 tengah hari selepas menerima rawatan akibat kebakaran di rumahnya pada 19 Jun. -Gambar fail
IPOH: Bapa mentua kepada Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin iaitu Datuk Abdul Ghani Ngah disahkan meninggal dunia pada 1.45 tengah hari tadi.
Ringkasan AI
- Bapa mentua kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Abdul Ghani Ngah, meninggal dunia pada jam 1.45 tengah hari selepas menerima rawatan akibat kebakaran di rumahnya pada 19 Jun.
- Allahyarham berusia 83 tahun dan ditempatkan di ICU kerana komplikasi dalaman dan sesak nafas; jenazah akan disolatkan di Masjid Kampung Melayu Sungai Rapat dan dikebumikan di Kampung Rapat Jaya.
- Isteri Allahyarham, Datin Salmiah Nyak Matt, turut terkorban dalam kebakaran tersebut, manakala empat ahli keluarga lain terselamat.
Abdul Ghani, 83, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan mengalami komplikasi dalaman dan sesak nafas semasa kejadian tersebut.
Jenazah Allahyarham akan disolatkan malam ini selepas solat isyak di Masjid Kampung Melayu Sungai Rapat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mengucapkan takziah kepada bapa mentua Hamzah dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
Dalam kejadian tersebut, isteri kepada Abdul Ghani, Datin Salmiah Nyak Matt, 84, terkorban selepas ditemukan tidak sedarkan diri di ruang bilik bahagian bawah rumah oleh pasukan penyelamat.
Pada 19 Jun lepas, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang membabitkan enam orang dengan empat daripadanya yang berusia 18 hingga 49 tahun selamat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami