awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa ratu boling negara Shalin Zulkifli meninggal dunia

Bernama
Bernama
08/12/2021
20:57 MYT
Bapa ratu boling negara Shalin Zulkifli meninggal dunia
Bapa ratu boling negara Shalin Zulkifli, Zulkifli Mohd Ali, 71, meninggal dunia dalam tidurnya petang Rabu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Zulkifli Mohd Ali, 71, bapa kepada ratu boling negara Shalin Zulkifli, meninggal dunia dalam tidurnya petang Rabu.
Shalin dalam hantarannya di akaun Facebook berkata tahap kesihatan bapanya itu, telah mula merosot sejak beliau terkena serangan strok pada 2015.
"Saya harap anda akan dapat memaafkan bapa saya atas apa-apa kesilapan atau kesalahan di sepanjang hidupnya selama 71 tahun.
"Sila maklumkan pada saya jika arwah ayah ada berhutang dengan sesiapa... Insya-Allah kami akan cuba untuk membayar setiap orang, supaya beliau boleh pergi dengan tenang.
"Maafkan saya jika saya tidak dapat menjawab kepada setiap dan semua orang, tetapi kami amat berterima kasih atas doa semuanya," kata bekas juara dunia dua kali itu, di Facebooknya malam tadi.
Sumber Facebook shalinameran
Shalin berkata, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara kira-kira jam 10.45 pagi esok, selepas disembahyangkan di Surau Mutiara Damansara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zulkifli Mohd Ali
#ratu boling negara
#shalin zulkifli
#serangan strok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan