ROMPIN: Walaupun berat ujian diterima, Abu Bakar Ibrahim reda dengan kehilangan tiga anak lelakinya yang berselang hampir satu jam antara satu sama lain akibat kemalangan semalam.
Pada kejadian 7.20 malam itu, Muhammad Firdaus, 28, Muhammad Solihin, 21, dan Ahmad Jazuly, 17, maut selepas lori dinaiki mereka terbabas lalu merempuh sebuah kren di Kilometer 136 Jalan Kuantan/Johor Bharu di sini.
Abu Bakar, 54, yang semasa kejadian berada di Terengganu atas urusan kerja berkata mendapat panggilan telefon isterinya Norezah Rejab, 51, sekitar 7.30 malam memaklumkan anak ketiga mereka Muhammad Solihin meninggal dunia.
"Hampir satu jam selepas itu, saya terima berita Along (Muhammad Firdaus) juga meninggal dunia sebelum disusuli panggilan ketiga memberitahu Ucu (Ahmad Jazuly) juga sudah tiada, sejam kemudian," katanya semasa ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Setajam di sini hari ini.
Abu Bakar juga sebak apabila memaklumkan tragedi itu berlaku pada ulang tahun kelahiran Ahmad Jazuly dan anak keempat itu ada menghantar pesanan WhatsApp untuk mengingatkannya tentang hari istimewa tersebut selain turut meminta kasut sebagai hadiah.
Muhammad Solihin yang merupakan penuntut tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal di Politeknik Muadzam Shah di sini, juga ada menghantar WhatsApp kepada Abu Bakar pada 5.10 pagi semalam, kerana mahu meminta doa untuk peperiksaan tidak lama lagi.
"Memang menjadi kebiasaan untuk dia meminta doa setiap kali hendak periksa, cuma semalam dia beritahu berasa sangat tenang," katanya.
Muhammad Solihin tinggal di asrama dan menurut Abu Bakar, kali terakhir mereka bertemu ialah hujung Mei lepas, apabila anaknya pulang ke rumah dengan meminjam motosikal rakan supaya dapat berjumpa sebelum dia ke Terengganu.
Arwah pulang ke rumah semalam, memandangkan dia tidak mempunyai kertas peperiksaan atau tugasan lain pada hari ini.
Sementara itu, adik bongsu mangsa Nur Faqihah, 16, berkata kejadian berlaku semasa abangnya dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Sungai Kolek di sini, selepas membantu ibu mereka mengangkat benih padi di sawah yang diusahakan di Kampung Setajam.
Katanya, ibu mereka juga pergi bersama, namun memandu kereta sendiri dan semasa kejadian, agak ketinggalan daripada lori dinaiki abang-abangnya kerana berhenti mengisi minyak.
"Saya tak sangka Along (Muhammad Firdaus) ada dalam lori kerana semasa pergi, dia bersama emak."
"Along memang suka membantu dan kerap mengikut emak ke sawah walaupun dia Orang Kurang Upaya (OKU) selain paling manja dengan emak," katanya.
Nur Faqihah berkata mereka merancang untuk makan istimewa pada malam semalam sempena hari jadi Ahmad Jazuly dan ibunya menyediakan kari ayam kegemaran arwah sebagai juadah tengah hari yang sempat dijamah arwah sebelum ke sawah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023

Walaupun berat ujian diterima, Abu Bakar (depan, empat dari kanan) reda dengan kehilangan tiga anak lelakinya yang berselang hampir satu jam antara satu sama lain akibat kemalangan semalam. -Twitter Bernama

Pakar ekonomi khuatir Indonesia mungkin terperangkap dengan hutang China
Yusuf mendakwa, Indonesia terpaksa patuh kepada kehendak China bagi memastikan projek Kereta Cepat Jakarta-Bandung siap sepenuhnya.

Isu beras: KKD, KPDN sedia kerjasama tangkis berita palsu
KKD sedia bekerjasama dengan KPDN bagi menangkis berita palsu berhubung isu bekalan beras tempatan.

'Tiga perkahwinan bukan gagal, sebaliknya...' - Engku Emran mohon hormati Noor Nabila
Emran berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi ruang kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar ketika ini.

Pemancing udang dikhuatiri lemas di Sungai Besut
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing udang galah bersama berhampiran Empangan Pengkalan Nangka (Tok Gong) di Sungai Besut.
Analisis pasca ucapan PM di pentas PBB
Analisis Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof Madya Dr Sufian Jusoh pasca kenyataan negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNGA ke-78.
Gelanggang PRK DUN Pelangai sidah bermula
Lintas langsung bersama wartawan Hasimi Muhamad, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pelangai, berkaitan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
PM Anwar bertemu rakyat, pelajar Malaysia di New York
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York.
AS dan China penting untuk kestabilan ekonomi ASEAN - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan peri pentingnya bagi ASEAN mengekalkan hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan China tatkala persaingan strategik kedua-dua kuasa besar ekonomi itu semakin meningkat.
Malaysia sedia berunding berkenaan peta standard China 2023
Perdana Menteri berkata beliau mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sejawatannya dari China Li Qiang serta Menteri Luar Wang Yi, dan Malaysia bersedia untuk mengadakan rundingan berhubung isu yang menimbulkan perbalahan susulan dakwaan China.
Sifat terbuka, bukti kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hakikat bahawa ahli partinya sendiri bebas mempersoalkan dasar dan tindakan kerajaan adalah bukti jelas bahawa pentadbirannya tidak meninggalkan agenda reformasi yang dijanjikan.

Bapa reda hilang tiga anak berselang jam
Walaupun berat ujian diterima, Abu Bakar Ibrahim reda dengan kehilangan tiga anak lelakinya yang berselang hampir satu jam antara satu sama lain akibat kemalangan semalam.