MALAYSIA
Bapa tiga anak didakwa tetak siak surau dengan parang
Tertuduh yang juga bapa tiga anak (kanan) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang siak menggunakan parang dalam kejadian di Kamunting minggu lalu. -Foto Sinar Harian
TAIPING: Bapa tiga anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping pada Selasa atas pertuduhan mencederakan seorang siak menggunakan parang dalam kejadian di Kamunting, di sini, minggu lalu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Tertuduh, Kamarulzaman Kamarudin, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Sakinah Haroon Arashid.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Normuda Mohd Noor, 68, dengan menggunakan sebilah parang di Surau Nurul Hidayah, Kampung Bukit Jana, Kamunting dalam daerah Larut, Matang dan Selama kira-kira jam 2.30 petang pada 10 Disember lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi menawarkan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh selain syarat tambahan supaya tidak mendekati mangsa dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis sebulan sekali.
Tertuduh yang diwakili Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad memohon jaminan paling minimum dengan alasan tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM50 sehari, mempunyai tiga anak dan sudah bercerai.
Mahkamah turut diberitahu bahawa tertuduh pernah dimasukkan ke hospital psikiatri sebanyak tiga kali dan memohon supaya tertuduh dirujuk ke hospital bagi rawatan, sementara menunggu tarikh perbicaraan akan datang.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Tarikh 29 Januari depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu media melaporkan, seorang siak surau parah selepas ditetak berulang kali pada bahagian kepala dan tangan oleh seorang lelaki bersenjatakan parang.
Berdasarkan siasatan awal polis, motif kejadian dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati suspek terhadap mangsa.
Suspek berjaya ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sekitar jam 4.30 petang pada hari sama, tidak jauh dari lokasi kejadian. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Tertuduh, seorang bapa tiga anak, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang siak dengan parang di Kamunting minggu lalu.
- Tertuduh, Kamarulzaman Kamarudin, 55, didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada Normuda Mohd Noor, 68, di Surau Nurul Hidayah, Kampung Bukit Jana, Kamunting.
- Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan syarat tambahan, sementara tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 29 Januari.
Tertuduh, Kamarulzaman Kamarudin, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Sakinah Haroon Arashid.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Normuda Mohd Noor, 68, dengan menggunakan sebilah parang di Surau Nurul Hidayah, Kampung Bukit Jana, Kamunting dalam daerah Larut, Matang dan Selama kira-kira jam 2.30 petang pada 10 Disember lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi menawarkan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh selain syarat tambahan supaya tidak mendekati mangsa dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis sebulan sekali.
Tertuduh yang diwakili Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad memohon jaminan paling minimum dengan alasan tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM50 sehari, mempunyai tiga anak dan sudah bercerai.
Mahkamah turut diberitahu bahawa tertuduh pernah dimasukkan ke hospital psikiatri sebanyak tiga kali dan memohon supaya tertuduh dirujuk ke hospital bagi rawatan, sementara menunggu tarikh perbicaraan akan datang.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.
Tarikh 29 Januari depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu media melaporkan, seorang siak surau parah selepas ditetak berulang kali pada bahagian kepala dan tangan oleh seorang lelaki bersenjatakan parang.
Berdasarkan siasatan awal polis, motif kejadian dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati suspek terhadap mangsa.
Suspek berjaya ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sekitar jam 4.30 petang pada hari sama, tidak jauh dari lokasi kejadian. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pertuduhan yang dihadapi oleh Kamarulzaman Kamarudin?
A: Kamarulzaman Kamarudin menghadapi pertuduhan mencederakan seorang siak menggunakan parang di Surau Nurul Hidayah, Kampung Bukit Jana, Kamunting pada 10 Disember lalu. - Q: Apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas Kamarulzaman Kamarudin jika sabit kesalahan?
A: Kamarulzaman Kamarudin boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebatan, mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - Q: Apakah syarat jaminan yang ditawarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya kepada Kamarulzaman Kamarudin?
A: Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM15,000 terhadap Kamarulzaman Kamarudin, dengan syarat tambahan supaya tidak mendekati mangsa dan melaporkan diri di balai polis sebulan sekali. - Q: Mengapa Kamarulzaman Kamarudin memohon jaminan paling minimum?
A: Kamarulzaman Kamarudin memohon jaminan paling minimum kerana beliau bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM50 sehari, mempunyai tiga anak, dan sudah bercerai. - Q: Apa yang menjadi motif kejadian mencederakan siak tersebut berdasarkan siasatan awal polis?
A: Motif kejadian mencederakan siak tersebut dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati suspek terhadap mangsa, mengikut siasatan awal polis.