[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
MALAYSIA

Bapa tiri dera anak OKU ditahan

Bernama 30/04/2016 | 03:57 MYT
Menurut polis, suspek ditahan di rumahnya di Jerteh semalam. - Gambar fail
Seorang bapa tiri direman selama empat hari kerana dipercayai mendera anak tirinya yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU).
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata suspek ditahan di rumahnya di Jerteh semalam.
Beliau berkata kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu dipercayai sering dipukul hingga lebam pada pipi dan badan.
"Ibu mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut kepada suaminya. Dia hanya akan menyapu ubat pada anaknya setelah suaminya keluar bekerja," katanya kepada pemberita.
Kes kanak-kanak tersebut kini mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut menghantarnya untuk mendapat rawatan di Hospital Besut.
#bapa tiri #Besut #dera #OKU #reman