MALAYSIA
Bapa Zayn Rayyan rayu mohon batal 14 syarat JKM, bon
Zaim Ikhwan mendukung anak keduanya selepas prosiding permohonan hak penjagaan kekal dibenarkan Mahkamah Majistret Shah Alam pada 21 November lalu. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan sebahagian keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahkannya memenuhi 14 syarat beserta bon, bagi membolehkan anak kedua, dikembalikan ke pangkuan keluarga.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Zaim Ikhwan Zahari, 30, membuat permohonan berkenaan menerusi Tetuan Haresh Mahadevan & Co, pada 26 November lalu.
Pada 21 November lalu, Sinar Harian melaporkan, selepas 18 bulan adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dijaga oleh nenek saudara termasuk pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mahkamah Majistret di sini membenarkan kanak-kanak berusia enam tahun itu dipulangkan ke pangkuan bapanya.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan bapa kepada dua anak itu, memenuhi 14 syarat yang dikemukakan pihak JKM antaranya memastikan kanak-kanak yang juga menghidap autisme itu tidak ditinggalkan berseorangan tanpa pengawasan orang dewasa dan tiada kes penganiayaan atau berlaku pengabaian.
Bapa kandung hendaklah memastikan kanak-kanak ini mendapat pendidikan dan terapi sewajarnya.
Mereka juga dikehendaki tinggal di alamat yang dinyatakan dalam perintah mahkamah namun jika mahu berpindah, perkara ini perlu dimaklumkan kepada JKM.
Sementara itu, peguam, Lavanesh Haresh Mahadevan berkata, selain 14 syarat tersebut, Majistret, Ameera Mastura Khamis juga mengenakan perintah bon kepada Zaim Ikhwan mengikut Seksyen 30(1)(a) dan Seksyen 30(8) Akta Kanak-Kanak 2001.
Susulan itu beliau yang mengendalikan kes pengabaian membabitkan isteri Zaim Ikhwan iaitu Ismanira Abdul Manaf, 30, berkata, mahkamah telah tersilap menggunakan bidang kuasa di bawah seksyen itu kerana melibatkan dua isu iaitu perlindungan dan pemeliharaan, yang mana ia tidak lagi wujud dalam kes berkenaan.
Sedangkan beliau berkata, dalam kes ini kedua-dua isu berkenaan tidak lagi wujud selepas Zaim Ikhwan dilepaskan tanpa perlu membela diri terhadap kes pengabaian Zayn Rayyan.
Katanya, JKM juga menyatakan Zaim Ikhwan merupakan bapa yang layak, stabil dari segi mental dan kewangan malah memberi pengaruh yang baik kepada kanak-kanak yang kini berusia enam tahun tersebut.
“Susulan itu, mahkamah tiada hak untuk menetapkan sebarang syarat terhadap bapa dan anak ini.
“Mahkamah juga tidak boleh lagi menggunakan Seksyen 30(8) itu untuk mengenakan syarat atau bon kerana perlindungan dan pemeliharaan bukan lagi isu yang sah di sisi undang-undang dalam konteksnya,” katanya.
Beliau berkata, anak bongsu itu pada awalnya diambil oleh JKM selepas pasangan suami isteri itu didakwa mengabai Zayn Rayyan.
Selepas mahkamah membebaskan Zaim Ikhwan daripada tuduhan mahkamah itu, beliau berkata, anak guam tidak lagi berada dalam kategori orang yang perlu diawasi.
Katanya, hubungan bapa dan anak itu sepatutnya dipulihkan tanpa campur tangan atau pengawasan JKM.
“Berdasarkan kedudukan undang-undang yang jelas ini, kami memfailkan rayuan hanya terhadap syarat dan bon yang dikenakan oleh mahkamah.
“Kami tidak mencabar perintah pemulangan kanak-kanak itu, tetapi hanya bahagian syarat dan bon yang akan dirayu kerana ia tidak lagi wajar dalam keadaan Zaim Ikhwan telah dibebaskan daripada pertuduhan kes.
“Ditambah lagi dengan laporan JKM, menyatakan beliau tidak berisiko, selaras dengan pembebasan beliau pada lima bulan lalu,” katanya.
Pada 22 November lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menegaskan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak terus menjadi keutamaan, membabitkan kanak-kanak tersebut.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pemantauan berjadual oleh JKM akan diteruskan, bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu sentiasa terjamin. -- Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Bapa Zayn Rayyan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan sebahagian keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahkannya memenuhi 14 syarat bagi membolehkan anaknya dikembalikan ke pangkuan keluarga.
- Mahkamah memerintahkan bapa ini memastikan anaknya tidak ditinggalkan berseorangan tanpa pengawasan orang dewasa, tiada penganiayaan atau pengabaian, serta mendapat pendidikan dan terapi sewajarnya.
- Peguam Zaim Ikhwan menyatakan mahkamah tersilap menggunakan bidang kuasa dalam kes ini dan JKM menyatakan Zaim Ikhwan layak serta memberi pengaruh baik kepada anak tersebut.
Zaim Ikhwan Zahari, 30, membuat permohonan berkenaan menerusi Tetuan Haresh Mahadevan & Co, pada 26 November lalu.
Pada 21 November lalu, Sinar Harian melaporkan, selepas 18 bulan adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dijaga oleh nenek saudara termasuk pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mahkamah Majistret di sini membenarkan kanak-kanak berusia enam tahun itu dipulangkan ke pangkuan bapanya.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan bapa kepada dua anak itu, memenuhi 14 syarat yang dikemukakan pihak JKM antaranya memastikan kanak-kanak yang juga menghidap autisme itu tidak ditinggalkan berseorangan tanpa pengawasan orang dewasa dan tiada kes penganiayaan atau berlaku pengabaian.
Bapa kandung hendaklah memastikan kanak-kanak ini mendapat pendidikan dan terapi sewajarnya.
Mereka juga dikehendaki tinggal di alamat yang dinyatakan dalam perintah mahkamah namun jika mahu berpindah, perkara ini perlu dimaklumkan kepada JKM.
Sementara itu, peguam, Lavanesh Haresh Mahadevan berkata, selain 14 syarat tersebut, Majistret, Ameera Mastura Khamis juga mengenakan perintah bon kepada Zaim Ikhwan mengikut Seksyen 30(1)(a) dan Seksyen 30(8) Akta Kanak-Kanak 2001.
Susulan itu beliau yang mengendalikan kes pengabaian membabitkan isteri Zaim Ikhwan iaitu Ismanira Abdul Manaf, 30, berkata, mahkamah telah tersilap menggunakan bidang kuasa di bawah seksyen itu kerana melibatkan dua isu iaitu perlindungan dan pemeliharaan, yang mana ia tidak lagi wujud dalam kes berkenaan.
Sedangkan beliau berkata, dalam kes ini kedua-dua isu berkenaan tidak lagi wujud selepas Zaim Ikhwan dilepaskan tanpa perlu membela diri terhadap kes pengabaian Zayn Rayyan.
Katanya, JKM juga menyatakan Zaim Ikhwan merupakan bapa yang layak, stabil dari segi mental dan kewangan malah memberi pengaruh yang baik kepada kanak-kanak yang kini berusia enam tahun tersebut.
“Susulan itu, mahkamah tiada hak untuk menetapkan sebarang syarat terhadap bapa dan anak ini.
“Mahkamah juga tidak boleh lagi menggunakan Seksyen 30(8) itu untuk mengenakan syarat atau bon kerana perlindungan dan pemeliharaan bukan lagi isu yang sah di sisi undang-undang dalam konteksnya,” katanya.
Beliau berkata, anak bongsu itu pada awalnya diambil oleh JKM selepas pasangan suami isteri itu didakwa mengabai Zayn Rayyan.
Selepas mahkamah membebaskan Zaim Ikhwan daripada tuduhan mahkamah itu, beliau berkata, anak guam tidak lagi berada dalam kategori orang yang perlu diawasi.
Katanya, hubungan bapa dan anak itu sepatutnya dipulihkan tanpa campur tangan atau pengawasan JKM.
“Berdasarkan kedudukan undang-undang yang jelas ini, kami memfailkan rayuan hanya terhadap syarat dan bon yang dikenakan oleh mahkamah.
“Kami tidak mencabar perintah pemulangan kanak-kanak itu, tetapi hanya bahagian syarat dan bon yang akan dirayu kerana ia tidak lagi wajar dalam keadaan Zaim Ikhwan telah dibebaskan daripada pertuduhan kes.
“Ditambah lagi dengan laporan JKM, menyatakan beliau tidak berisiko, selaras dengan pembebasan beliau pada lima bulan lalu,” katanya.
Pada 22 November lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menegaskan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak terus menjadi keutamaan, membabitkan kanak-kanak tersebut.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pemantauan berjadual oleh JKM akan diteruskan, bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu sentiasa terjamin. -- Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berkenaan keputusan Mahkamah Majistret?
A: Bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari, memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan sebahagian keputusan Mahkamah Majistret yang mengarahkan pemenuhan 14 syarat beserta bon bagi mengembalikan anak kedua ke pangkuannya. - Q: Apakah syarat yang perlu dipenuhi oleh bapa kepada kanak-kanak berusia enam tahun tersebut?
A: Mahkamah memerintahkan bapa tersebut untuk memenuhi 14 syarat, antaranya memastikan kanak-kanak tidak ditinggalkan berseorangan tanpa pengawasan orang dewasa, tiada kes penganiayaan atau pengabaian, serta memastikan pendidikan dan terapi yang sewajarnya. - Q: Mengapa perlu ada perintah bon yang dikenakan kepada Zaim Ikhwan?
A: Selain daripada 14 syarat, Mahkamah Majistret juga mengenakan perintah bon kepada Zaim Ikhwan mengikut Seksyen 30(1)(a) dan Seksyen 30(8) Akta Kanak-Kanak 2001. - Q: Apakah pandangan peguam Lavanesh Haresh Mahadevan berkenaan penggunaan Seksyen 30(8) Akta Kanak-Kanak 2001 dalam kes ini?
A: Peguam tersebut menyatakan bahawa mahkamah tersilap menggunakan bidang kuasa Seksyen 30(8) kerana isu perlindungan dan pemeliharaan tidak lagi relevan dalam kes tersebut. - Q: Apakah tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkenaan keselamatan kanak-kanak tersebut?
A: KPWKM menegaskan bahawa aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak itu menjadi keutamaan, dan pemantauan berjadual oleh JKM akan diteruskan bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu sentiasa terjamin.