MALAYSIA
Bapa Ziana, Anuar meninggal dunia
Allahyarham Haji Zin @ Zain bin Abdullah, disahkan meninggal dunia di kediaman keluarga mereka sekitar jam 3.30 petang, Selasa. - Sumber foto keluarga Anuar Zain
KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi terkenal tanah air Ziana dan Anuar, Allahyarham Haji Zin @ Zain Abdullah, 87, dilapor meninggal dunia di kediaman keluarga di Subang Permai, Selangor, sekitar jam 3.30 petang, Selasa.
Ringkasan AI
Menurut sumber terdekat keluarga ketika dihubungi, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Elmina, Shah Alam sebentar lagi sejurus selepas solat jenazah.
Setakat ini, tiada maklumat tentang punca kematian.
Pihak keluarga dalam pada itu memohon orang ramai agar mendoakan roh Allahyarham ditempatkan bersama orang yang beriman.
Allahyarham Haji Zin yang merupakan seorang pesara polis disifatkan ahli keluarga sebagai individu yang tegas namun sangat penyayang.
Ringkasan AI
- Bapa kepada Ziana Zain, Allahyarham Haji Zin @ Zain Abdullah, meninggal dunia di kediaman keluarga pada jam 3.30 petang, Selasa.
- Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Elmina, Shah Alam; punca kematian masih belum dipastikan.
- Allahyarham disifatkan sebagai pesara polis yang tegas tetapi penyayang, dan sangat menyokong kerjaya seni Ziana sejak awal.