Dengan adanya dua orang pemimpin wanita yang diberi peluang untuk berada dalam barisan Majlis Tertinggi (MT) secara tidak langsung usaha mengangkat martabat wanita akan lebih berkesan.
Demikian kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang turut menyifatkan keputusan pemilihan sayap UMNO kali ini berbeza dari penggal yang lepas.
“Saya boleh katakan keputusan kali ini berbeza dari sebelum ini yang hanya melayakkan seorang sahaja pemimpin wanita tetapi kali ini dua orang pemimpin wanita telah diberi peluang untuk berada dalam MT.
Maka secara tidak langsung ia meramaikan suara wanita di dalam MT” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau turut yakin perwakilan baru akan memberi konsekuensi yang baik kepada parti memandangkan kaedah baru yang digunakan pada pemilihan penggal ini.
“Saya boleh katakan yang perwakilan baru dapat memberikan impak yang baik kepada parti memandangkan pemilihan kali ini merupakan usaha transformasi UMNO yang benar-benar memberi sepenuh kuasa kepada perwakilan untuk memilih pemimpin” jelasnya lagi.
Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar merasakan misi meremajakan UMNO sudah separuh tercapai kerana pemimpin muda telah diterima di setiap peringkat.
“Perkara yang lebih utama selepas ini adalah usaha pemimpin yang telah terpilih untuk meremajakan UMNO melalui program yang dekat dengan golongan muda” tambahnya lagi.
Selain itu, di dalam Pemilihan UMNO kali ini percubaan lima calon Wanita Umno menempatkan diri dalam MT gagal.
Cuma mantan Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga Ahli Parlimen Pengerang, berjaya melayakkan diri.
Wanita, bagaimanapun, masih memiliki calon tunggal mereka dalam MT iaitu Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Azyyati Ahmad
Tue Oct 22 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tiada cadangan kenaikan tol - Rosnah
Kementerian Kerja Raya menegaskan tiada sebarang perbincangan dibuat berkenaan kenaikan kadar tol setakat ini.
Projek mega di Sabah bukti kerajaan pusat prihatin - Musa
Pelbagai projek mega yang sedang dan akan dilaksanakan di Sabah adalah bukti kerajaan pusat prihatin dan tidak omong kosong dalam membawa pembangunan pesat ke negeri ini.
Struktur pelindung di 44 cerun berisiko tanah runtuh - Rosnah
Kementerian Kerja Raya akan membina struktur pelindung (rock shed) di kawasan cerun yang berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh, bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
Caj terhadap peniaga tidak mampu tampung kos selenggara R&R
Hasil kutipan caj yang dikenakan PLUS Malaysia Berhad terhadap peniaga gerai makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) tidak mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan kemudahan di kawasan berkenaan.
Kerajaan akan buka tender projek lebuh raya Pan Borneo
Kerajaan akan membuka tender bagi pembinaan Lebuh Raya Pan-Borneo agar projek tersebut dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
Barisan baru MT UMNO, usaha angkat martabat wanita lebih berkesan
Dengan adanya dua orang pemimpin wanita dalam barisan baru MT secara tidak langsung usaha mengangkat martabat wanita akan lebih berkesan - Rosnah
Kekurangan wanita dalam kabinet membimbangkan?
Sidang kabinet baru telah terbentuk secara rasminya pada 16 Mei, namun penglibatan wanita pada sidang kabinet kali ini dilihat berkurangan.