awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas bawa guru, pelajar MRSM terbalik, lima cedera

Norfarhiza Mohd Atar, Amirah Nordin
Norfarhiza Mohd Atar, Amirah Nordin
05/02/2023
04:46 MYT
Bas bawa guru, pelajar MRSM terbalik, lima cedera
Keadaan bas yang membawa pelajar MRSM Kuala Lipis yang terbalik di Kilometer 19 Jalan Lurah Bilut, Raub malam tadi. - Foto ihsan JBPM Pahang
RAUB: Sebuah bas yang membawa tiga guru dan 27 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis terbabas di Kilometer 19 Jalan Lurah Bilut, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pemandu dan empat pelajar mengalami cedera ringan, menurut Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam sebelum sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki dua jentera.
"Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati sebuah bas persiaran jenis Hino telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.
"Terdapat 31 orang mangsa di dalam bas tersebut yang terdiri daripada seorang pemandu, dua guru lelaki, seorang guru wanita, 15 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan.
"Pemandu bas, seorang pelajar perempuan serta tiga pelajar lelaki mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam daripada kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ismail berkata, kesemua mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh Pasukan Bomba Unit EMRS sebelum dibawa ke Hospital Bentong dengan menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia.
Manakala mangsa yang terselamat dan tidak cedera dihantar ke MRSM Kuala Lipis dengan menggunakan bas lain, jelasnya.
"Anggota bomba bertindak dengan membuat pemantauan dan setelah memastikan keadaan di lokasi benar selamat, operasi ditamatkan pada jam 10.01 malam," katanya.
Topic Berkaitan
#pelajar MRSM terlibat kemalangan
#MRSM Tun Ghazali Shafie
#MRSM Kuala Lipis
#bas persiaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan