awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas ekspres terbalik, 20 penumpang selamat

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
31/10/2022
04:26 MYT
Bas ekspres terbalik, 20 penumpang selamat
Seramai 20 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas selepas kenderaan itu terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Kilometer 193.2, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Alor Gajah, Melaka, pagi tadi.
ALOR GAJAH: Seramai 20 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas selepas kenderaan itu terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Kilometer 193.2, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Alor Gajah, di sini, pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Iswandy Aripin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada pukul 9.38 pagi tadi sebelum sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas ekspres yang dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Batu Pahat, Johor telah terbabas di bahu jalan.
“Kesemua 20 mangsa yang terdiri daripada 16 lelaki dan empat perempuan bagaimanapun berjaya keluar daripada bas berkenaan dengan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Tambah beliau, pemandu lelaki berusia 29 tahun juga tidak mengalami kecederaan dan operasi berkenaan berjaya ditamatkan pada pukul 10.45 pagi.
“Sebanyak dua jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekutan 21 anggota dan operasi disahkan tamat sepenuhnya setelah memastikan tiada bahaya lain,” jelas Mohd Iswandy.
Topic Berkaitan
#bas ekspres terbalik
#20 penumpang selamat
#terbabas di bahu jalan
#Lebuhraya Utara-Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan