Bas hidrogen di Kuching bukan mimpi, tapi realiti

Rohana Wahed
Mac 24, 2019 07:33 MYT
Dengan penggunaan bas baharu itu, Sarawak menjadi negeri pertama di Asia Tenggara menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam yang dijana dengan tenaga hidrogren.
Penggunaan bas elektrik dan hidrogen di Sarawak bukan sekadar mimpi kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Sebaliknya ia adalah realiti demi memperkasakan sektor pengangkutan awam di Kuching.
Beliau mendedahkan tiga unit bas hidrogen akan tiba di Sarawak selewat-lewatnya pada awal Mei tahun ini yang akan digunakan sebagai pengangkutan awam di negeri ini.
“Tahun lepas saya bercakap tentang benda tentang perkara ini dan ada orang kata saya mimpi. Betul kah ada bas guna hydrogen atau bas elektrik.
“Mereka kata saya pelik sebab susulan inisiatif ini. Tetapi alhamdulillah saya telah dapat membuktikan cara baru cara teknologi di mana kita dapat mengekalkan alam sekitar supaya bersih menggunakan cara baru,” katanya.
Dengan penggunaan bas baharu itu, Sarawak menjadi negeri pertama di Asia Tenggara menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam yang dijana dengan tenaga hidrogren.
#Abang Johari Tun Openg #bas elektrik #Bas hidrogen di Kuching #Bas hidrogen realiti bukan mimpi #pengangkutan awam #perkasa sektor pengangkutan #Sarawak maju