Satu kemalangan dilaporkan berlaku petang Ahad, di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) KM265.8 arah selatan (Menora-Ipoh), membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan.
Berdasarkan video yang tersebar di media sosial dan Whatsapp, bas itu kelihatan meluncur laju dari Terowong Menora sebelum merempuh beberapa kenderaan dari belakang.
Aliran trafik di lebuhraya itu dilaporkan sesak teruk susulan kejadian berkenaan.
Menurut sumber PLUS, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bagaimanapun, setakat ini, punca kejadian masih belum dapat dipastikan.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kemalangan yang melibatkan banyak kenderaan itu.
Bas berkenaan dikenalpasti sebagai bas persiaran STAR QISTNA dengan nombor pendaftaran BLB 6936.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Perak Supt. Wan Jamil Wan Chik berkata, pemandu bas persiaran itu akan ditahan bagi membantu polis menyiasat kejadian kemalangan tersebut secara menyeluruh.
Katanya, siasatan awal mendapati, keadaan trafik perlahan di tempat kejadian sebelum bas berkenaan tiba-tiba memandu di lorong tengah dan melanggar kenderaan di lorong kiri dan kanan.
"PDRM Perak memandang serius kejadian ini dan kita akan siasat secara menyeluruh sama ada melibatkan isu-isu teknikal, kelalaian dan pengaruh dadah atau alkohol serta isu-isu lain," katanya menerusi mesej Whatsapp.
Beberapa kenderaan telah membuat laporan polis di Cawangan Trafik Ipoh dan siasatan masih diteruskan.
Kesemua 28 penumpang dan pemandu bas persiaran itu bagaimanapun dilaporkan selamat.
Astro Awani
Sun Jul 10 2016
Menurut sumber PLUS, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan setakat ini, punca kejadian masih belum dapat dipastikan.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan
Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di Johor Bahru.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Pemain West Ham, Antonio stabil selepas kemalangan jalan raya
Dalam satu kenyataan, West Ham berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
Mahasiswa maut dalam perjalanan ke kampus
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Lerek dekat Setiu, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Maras.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Tiga beranak maut, bayi setahun selamat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE
Bayi lelaki berusia kira-kira setahun selamat dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.