NATIONAL
Bas milik UTM terbakar, pemandu dengar bunyi letupan
Keadaan bas milik UTM yang terbakar pada Rabu. -Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Sebuah bas milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hampir musnah dalam kejadian kebakaran pada Rabu.
Ringkasan AI
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Kamarulzaman Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada jam 9.58 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) serta enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi.
"Setibanya ke lokasi pada jam 10.04 pagi, didapati kebakaran melibatkan sebuah bas yang terbakar sebanyak 49 peratus dan tidak melibatkan sebarang mangsa.
"Berdasarkan keterangan pemandu, dia memberhentikan bas apabila terdengar bunyi letupan dan mendapati tayar belakang sebelah kanan telah terbakar.
"Biarpun tidak melibatkan mangsa, pemandu telah cuba memadam kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api namun tidak berjaya sehinggalah ketibaan pihak bomba yang membantu memadamkan kebakaran sepenuhnya," katanya.
Beliau memberitahu, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.06 pagi. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Sebuah bas milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hampir musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pagi Rabu.
- Kebakaran bermula selepas pemandu terdengar bunyi letupan dan mendapati tayar belakang sebelah kanan terbakar; beliau cuba memadam api dengan alat pemadam tetapi gagal.
- Tiada mangsa dilaporkan, dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya oleh bomba yang tiba enam minit selepas panggilan kecemasan diterima; operasi tamat pada jam 11.06 pagi.