awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang

Bernama
Bernama
27/12/2025
14:30 MYT
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
Rapid Bus menjelaskan bahawa perkhidmatan berkenaan telah dirancang secara menyeluruh dengan mengambil kira keupayaan operasi syarikat. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Perkhidmatan bas sewa khas percuma ke Bukit Bendera yang dibiayai Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dan menggunakan bas Rapid Penang tidak menjejaskan operasi harian laluan sedia ada perkhidmatan itu.

Ringkasan AI
  • Perkhidmatan bas sewa khas percuma ke Bukit Bendera tidak menjejaskan operasi harian perkhidmatan sedia ada oleh Rapid Penang.
  • Pengendali Rapid Bus menegaskan bahawa jumlah bas mencukupi untuk menyokong inisiatif bas percuma PBBPP tanpa gangguan kepada laluan lain.
  • Persatuan Penumpang Pengangkutan Awam Pulau Pinang (PeTUA) menyatakan kekurangan bas Rapid Penang, namun Rapid Bus komited untuk memastikan perkhidmatan beroperasi dengan baik.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) Ku Jamil Zakaria berkata sebagai pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang, pihaknya ingin menjelaskan bahawa perkhidmatan berkenaan telah dirancang secara menyeluruh dengan mengambil kira keupayaan operasi syarikat.
Beliau berkata penjelasan itu dibuat susulan dakwaan Persatuan Penumpang Pengangkutan Awam Pulau Pinang (PeTUA) yang menyatakan operasi bas Rapid Penang tidak mencukupi susulan pelaksanaan inisiatif bas sewa khas percuma berkenaan.
"Pelaksanaan perkhidmatan bas sewa khas percuma ke Bukit Bendera yang dibiayai PBBPP tidak menjejaskan jumlah bas bagi perkhidmatan laluan sedia ada Rapid Penang.
"Operasi harian di semua laluan kekal berjalan seperti biasa dan Rapid Penang mempunyai bilangan bas mencukupi bagi menyokong inisiatif ini tanpa menjejaskan perkhidmatan di laluan lain," katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.
Ku Jamil berkata selain perkhidmatan bas percuma yang disediakan PBBPP dengan frekuensi setiap 90 minit sepanjang tempoh promosi, penumpang juga masih boleh menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang sedia ada bagi Laluan 204 (Terminal Weld Quay-Bukit Bendera) yang beroperasi dengan kekerapan 35 hingga 45 minit pada waktu puncak.
Menurutnya Rapid Bus kekal komited memastikan perkhidmatan bas Rapid Penang beroperasi secara optimum demi keselesaan penumpang, selain menyokong kerjasama strategik bersama agensi berkaitan dalam usaha meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Pulau Pinang.
Sementara itu, Setiausaha PeTUA Zulfikar Ali Abdul Aziz berkata pihaknya sudah memaklumkan kepada kerajaan negeri dan pengurusan PBBPP sejak 2023 bahawa Rapid Penang tidak mempunyai jumlah bas dan van mencukupi untuk menyediakan perkhidmatan memadai kepada pengguna.
Beliau berkata PBBPP sepatutnya boleh menggunakan bas sewa khas, bas pekerja atau bas sekolah melalui permit khas bagi tujuan program berkenaan.
"Setiap bas Rapid Penang yang diasingkan untuk perkhidmatan sewa khas sudah tentu akan menjejaskan mutu perkhidmatan kerana pada hakikatnya Rapid Penang kini beroperasi dengan jumlah bas dan van yang sangat terhad.
"Alasan program itu hanya dilaksanakan untuk beberapa hari sahaja bukan hujah munasabah, memandangkan kerajaan negeri sendiri menyediakan perkhidmatan bas sewa khas kepada kakitangan kerajaan negeri bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Bendera
#Rapid Penang
#bas sewa khas
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan