Bas persiaran terbalik, 16 cedera di Bentong

Fahmi Izuddin
Mac 29, 2024 02:30 MYT
Keadaan bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di KM 51.4 arah Timur (Bukit Tinggi - Lentang) Lebuh Raya Karak Bentong. - Astro AWANI
BENTONG: Sejumlah 16 penumpang cedera apabila sebuag bas persiaran dinaiki mereka terbalik di KM 51.4 arah timur (Bukit Tinggi - Lentang) Lebuh Raya Karak Bentong pada awal pagi Jumaat.
Mangsa terdiri daripada 12 warga tempatan dan empat warga asing.
Bas persiaran terbabit dipercayai dalam perjalanan menghala timur berhampiran Hentian Rehat Lentang.
Komander Operasi Kanan TPgB Mohd Rosdan Zakaria mengesahkan kejadian itu berlaku melibatkan sebuah bas persiaran jenis Hino yang terbalik merentasi jalan.
Difahamkan, terdapat seorang wanita tersepit berjaya dikeluarkan manakala seorang lagi wanita serta tiga lelaki dewasa telah dihantar ke Hospital Bentong dengan menggunakan EMRS.
Bagaimanapun jantina mangsa terlibat masih belum dapat dikenal pasti.
Sementara itu, sejumlah 19 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikerahkan ke lokasi dan mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan power unit serta menghantar semua mangsa yang cedera ke Hospital Bentong bagi rawatan susulan.
#bas persiaran #Nahas #Lebuh Raya Karak Bentong #warga asing