awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas Rapid Penang terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2024
14:21 MYT
Bas Rapid Penang terbakar
Tindakan pantas pemandu bas Rapid Penang yang mengarahkan semua penumpangnya keluar daripada bas selepas menyedari enjin berasap menyelamatkan nyawa mereka daripada kejadian tidak diingini. - Sinar Harian
GEORGE TOWN: Tindakan pantas pemandu bas Rapid Penang yang mengarahkan semua penumpangnya keluar daripada bas selepas menyedari enjin berasap menyelamatkan nyawa mereka daripada kejadian tidak diingini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.05 petang pada Sabtu berhampiran Balai Polis Pulau Tikus di Jalan Burma dekat sini sebelum bas bernombor 101 yang sedang menghala ke Jeti musnah terbakar.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.10 petang.
Menurutnya, ketika pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian didapati kebakaran bas Rapid terbakar di bahagian belakang termasuk enjin.
“Pemeriksaan mendapati anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah 50 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sementara itu, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam satu kenyataan memaklumkan ketika kejadian terdapat 20 orang penumpang di dalam bas terbabit.
"Kapten bas yang telah dilatih untuk mengendalikan situasi kecemasan luar jangka seperti ini bertindak pantas untuk memberhentikan bas bagi menurunkan penumpang serta cuba mengawal api daripada merebak menggunakan peralatan pemadam api yang terdapat di dalam bas.
"Kapten bas dan kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kerosakan pada harta benda awam," katanya.
Dalam pada itu, pihak Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian ini dan akan memberikan kerjasama kepada pihak bomba bagi menjalankan siasatan sepenuhnya ke atas punca kebakaran.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bas terbakar
#Rapid Penang
#Balai Polis Pulau Tikus
#enjin berasap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan