awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas RapidKL tidak sedia perkhidmatan di Sarawak - Nancy Shukri

Bernama
Bernama
03/02/2017
22:00 MYT
Bas RapidKL tidak sedia perkhidmatan di Sarawak - Nancy Shukri
NANCY: Syarikat bas RapidKL daripada Kuala Lumpur tidak akan menyediakan perkhidmatan di Sarawak. - Gambar fail
Syarikat bas RapidKL daripada Kuala Lumpur tidak akan menyediakan perkhidmatan di Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri.
Beliau berkata sebaliknya konsortium lima syarikat bas tempatan akan menyediakan perkhidmatan di Kuching dan Samarahan sebagai projek perintis dalam tahun ini.
"Kita menjangka konsortium itu akan menandatangani perjanjian dengan Jabatan Perdana Menteri pada bulan April ini untuk memulakan perkhidmatan.
"Oleh itu kita tidak akan membenarkan syarikat luar datang ke negeri ini untuk beroperasi," katanya kepada pemberita selepas bertemu anggota Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
Beliau berkata kerajaan telah meluluskan RM145 juta tahun ini untuk membantu industri pengangkutan awam di seluruh negara.
Sebanyak RM114 juta diluluskan bagi program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) tahun depan.
"Kuching adalah antara enam bandar raya yang akan mendapat manfaat daripada dana SBST. Kabinet juga telah meluluskan sejumlah RM129 juta bagi Dana Sokongan Bas Henti-henti Sementara (ISBSF) untuk menyediakan perkhidmatan di kawasan kurang padat dan kurang menguntungkan di seluruh negara," kata Nancy.
Sementara itu beliau berkata di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP), kerajaan menyediakan 11 inisiatif untuk membantu pemandu teksi yang antara lain membolehkan pemandu memohon RM5,000 sebagai pendahuluan untuk membeli teksi sendiri.
Penerima BR1M juga terutama golongan muda boleh menggunakan bantuan RM1,000 sebagai wang pendahuluan untuk membeli teksi sendiri dengan kerajaan akan menambah RM4,000 lagi, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Nancy Shukri
#ISBSF
#LPKP
#RapidKL
#SBST
#TITP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan