MALAYSIA
Bas ulang alik percuma ke Bukit Bendera dari 25-28 Dis sempena cuti sekolah
PBBPP memaklumkan perkhidmatan itu akan beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam dengan lapan perjalanan setiap hari bagi kedua-dua arah, pada selang satu jam dan 30 minit, bermula 25 hingga 28 Dis ini.
GEORGE TOWN: Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP), dengan kerjasama Rapid Bus Sdn Bhd dan kerajaan negeri, mengumumkan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke Bukit Bendera dari Komtar selama empat hari, sempena cuti persekolahan akhir tahun.
PBBPP memaklumkan perkhidmatan itu akan beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam dengan lapan perjalanan setiap hari bagi kedua-dua arah, pada selang satu jam dan 30 minit, bermula 25 hingga 28 Dis ini.
Penumpang boleh menaiki perkhidmatan ulang-alik bertanda 'Penang Hill Free Shuttle Service' di hentian bas 9 Komtar di Jalan Ria, laluan bawah bersebelahan kiosk Rapid Penang, untuk ke Stesen Bawah Bukit Bendera dan sebaliknya.
"Sekiranya bas ulang-alik mencapai kapasiti maksimum, pengunjung digalakkan menggunakan bas Rapid Penang Laluan 204 dari Terminal Bas Weld Quay melalui Komtar ke Bukit Bendera pada kadar biasa, yang beroperasi setiap 35 minit pada waktu puncak dan 45 minit pada waktu luar puncak," menurut kenyataan itu.
Sejak dilancarkan pada 2023, inisiatif ulang-alik percuma ini menerima sambutan menggalakkan, dengan lebih 10,000 penumpang menggunakan perkhidmatan tersebut, termasuk 1,163 penumpang pada cuti akhir tahun lepas.
PBBPP memaklumkan perkhidmatan ulang-alik percuma ke Bukit Bendera bertujuan menangani kekurangan tempat letak kereta dan mengurangkan kesesakan lalu lintas, sejajar dengan jangkaan peningkatan pengunjung semasa cuti sekolah akhir tahun.
-- BERNAMA