MALAYSIA
Bas ulang-alik Bukit Bendera percuma 16 hingga 19 Februari
Menurut PBBPP, bas ulang-alik berkenaan mudah dikenal pasti kerana ditanda jelas sebagai "Penang Hill Free Shuttle Service". - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Perkhidmatan bas ulang-alik Bukit Bendera antara Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Stesen Bawah Bukit Bendera akan beroperasi secara percuma selama empat hari bermula 16 hingga 19 Feb ini, sempena cuti persekolahan.
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan memaklumkan, perkhidmatan yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 9 malam itu menyediakan lapan perjalanan sehari dan dilaksanakan dengan kerjasama Rapid Bus Sdn Bhd serta sokongan kerajaan negeri.
Menurut PBBPP, bas ulang-alik berkenaan mudah dikenal pasti kerana ditanda jelas sebagai "Penang Hill Free Shuttle Service" manakala lokasi pengambilan dan penurunan penumpang turut dipaparkan dengan visual khusus bagi memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan itu.
"Objektif utama inisiatif ini adalah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Bukit Bendera, selain menggalakkan amalan hijau menerusi pengurangan pelepasan karbon di Pulau Pinang, selaras dengan Visi Penang2030 ke arah pembentukan Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara," menurut kenyataan itu.
PBBPP memaklumkan, sehingga kini lebih 10,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan berkenaan, dengan jumlah pengguna menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun, termasuk pertumbuhan sebanyak 45.7 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina dari 2024 hingga 2025 serta peningkatan keseluruhan kira-kira 82 peratus sejak diperkenalkan.
-- BERNAMA