SUNGAI PETANI: Daripada lorong sunyi dan terbiar sehingga mengundang kepada risiko berlakunya jenayah kini bertukar wajah menjadi terang bercahaya dan sibuk dengan aktiviti perniagaan.
Cetusan idea dan gabungan kreatif daripada tiga anak muda menjadikan antara Jalan Dewa dan Jalan Patani, di Sungai Petani ini diberi nama 'Basah Tekak' meriah dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran, jual beli dan lokasi santai, serta menjadi tumpuan baharu di bandar itu sepanjang Ramadan ini.
Pengasasnya, Ainol Zulkarnain Zainal Abidin, 39, berkata, hasil gabungan idea beliau berasama dua rakan lain yang juga usahawan muda, berjaya menarik minat 16 peserta terdiri daripada golongan muda di lot bazar itu.
Ainol berkata, antara jualan terdapat di situ termasuk aksesori, pakaian raya lelaki dan wanita, makanan, pelbagai jenis kopi, bunga segar serta biskut raya.
“Lorong ini gelap kadar jenayah berlaku ragut dan sebagainya dan kebersihan pun tidak terjaga jadi selepas kami masuk ke premis ini kami nampak lorong ini ada potensi dan kami mula secara kecil panggil kawan-kawan komuniti setempat untuk menggunakan lorong ini untuk buat sesuatu… jadi daripada kecil-kecil tercetus ke Basah Tekak,” katanya.
Menurut anak jati Sungai Petani berusia 39 tahun ini, bermodalkan RM20,000 dengan kolaborasi dengan beberapa rakannya lorong sepanjang 150 meter itu kini bersih serta dihiasi pelbagai dekorasi bertemakan vintaj.
Katanya, nama ‘Basah Tekak’ itu dipilih sempena perkataan orang lama yang sering minum kopi untuk menghilangkan dahaga.
“Kami majoritinya peniaga kedai kopi, jadi semasa bulan puasa selepas Tarawih, pertamanya kita mesti nak cari teh tarik kopi dan sebagainya… jadi timbul perkataan daripada simpulan bahasa Melayu ini basah tekak yang membawa maksud kita datang ke satu tempat basahkan tekak kita.
“Di samping aktiviti basah tekak, kita hadirkan lagi beberapa variasi lain seperti (jualan) barangan bundle baju Melayu dan sebagainya...di samping kita bersosial, kita membeli-belah dan membuat kegiatan ekonomi,” ujar Ainol Zulkarnain lagi.
Sementara itu, penyata hiasan lorong yang juga pelukis mural, Fattah Shahari, 30, dia mula melukis mural dinding di sepanjang lorong itu bermula awal Februari lalu.
Katanya, lukisan mural itu bertujuan untuk menarik semua golongan untuk ke situ kerana selain berbelanja, mereka juga berpeluang merakam gambar kenangan.
Jelas Fatah, lukisan berkonsepkan urban dan suasana kampung itu dapat mengamit nostalgia lama ketika beraya di kampung.
“Konsep raya macam di kampung, kalau tengok dekat sini dari awal sampai akhir ada orang merewang, anak beranak tengah masak dan cat rumah.
“Bulan puasa orang akan datang bazar kita nak berseronok nak tengok suasana dekat sini. Nak bagi meriah lah jadi ada sesuatu kita boleh ambil gambar dekat dinding pada masa yang sama orang beli barang raya persiapan sambil itu kita boleh bersua foto ambil gambar,” katanya.
Salah seorang peserta, Ika Rasman, 26, berkata, peluang yang diberikan untuk berniaga di situ dimanfaatkan sebaik mungkin dengan menjual pakaian kasual wanita yang menepati cita rasa anak muda masa kini.
Katanya, sambutan sangat menggalakkan diterimanya di Basah Tekak kerana lokasi itu menghimpunkan usahawan dan pengunjung muda serta memudahkan penjual dan pembeli memahami kehendak dan keinginan yang sama.
“Sambutan dekat sini Alhamdulillah dari hari pertama sampai hari ini orang tak putus-putus datang sebab saya rasa orang nak tinjau kawasan lorang yang tidak pernah buat sebarang acara,” kata Ika.
Bagi seorang lagi peserta, Azad Ashraf Muhammad Sani, 30, harga sewa tapak yang ditawarkan antara paling rendah iaitu RM950 sebulan sesuai untuk golongan muda yang ingin menceburi bidang usahawan sekali gus meningkatkan ekonomi keluarga di samping persediaan menyambut Aidilfitri.
Jelasnya, ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada golongan sepertinya untuk berniaga berbanding tapak bazar lain yang mengenakan sewaan tinggi.
“Kami sebagai anak muda nampak ini peluang dari segi menjana pendapatan iaitu kita wujudkan ‘vendor’ kita wujudkan aktiviti-aktiviti perniagaan.
“Dalam masa sama kita dapat jadikan tempat perhimpunan bersama kawan-kawan terutamanya di musim raya ini kita boleh jumpa balik sahabat-sahabat kita di luar kota dan berkumpul di sini,” kata Azad Ashraf memberi cadangan.
Buat pengunjung Muhammad Aiman Roslee, 24, pula, sepengetahuannya belum ada lagi ruang perniagaan seperti ini diperkenalkan di negeri Kedah yang mana pengunjung boleh membeli barang, minum kopi dan 'selfie'.
Malah, harga barang di sini juga, katanya, sangat berpatutan serta boleh dijadikan lokasi kunjungan keluarga terutama golongan muda yang sukakan suasana baharu dan 'happening'.
Lorong Bazar Basah Tekak ini dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadan bermula jam 6 petang sehingga 2 pagi.
Tapak niaga ini turut mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) bagi menjadikan lorong ini sebagai daya tarikan baharu ke daerah ini.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Apr 08 2023
Cetusan idea dan gabungan kreatif daripada tiga anak muda menjadikan antara Jalan Dewa dan Jalan Patani, di Sungai Petani ini diberi nama 'Basah Tekak' meriah dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan Ramadan. - Astro AWANI
[TERKINI] Ahli GISB didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya
Wartawan Kanan Astro AWANI, Firdaus Azil kini di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini pendakwaan terhadap seorang ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).
Tupperware Bersedia Failkan Kebankrapan Akibat Hutang dan Permintaan Menurun
Tupperware, jenama ikonik bekas plastik, bersedia memfailkan kebankrapan selepas berdepan hutang mencecah $700 juta dan permintaan yang terus menurun, meskipun usaha penstrukturan semula dan pelantikan kepimpinan baharu.
Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
UCL: Jaringan Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Mangsa banjir terus meningkat, jumlah terkini 2,194 di 11 PPS
Jumlah itu meningkat berbanding 2,039 orang daripada 341 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi.
#AWANIRingkas 18 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 September 2024
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel dalang di sebalik letupan di seluruh Lubnan
Letupan yang menyebabkan lapan orang terbunuh dan 2,750 orang cedera merupakan hasil operasi bersama antara Mossad dan tentera Israel.
Awani Pagi: Apa yang anda perlu tahu mengenai mpox?
Awani Pagi 7.30 hari ini memberi tumpuan kepada isu penularan Cacar Monyet atau Monkey Pox, segala yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini, bersama Dr Tan Seok Hong / Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
'Basah Tekak' lepas Tarawih versi anak muda Sungai Petani
Sekumpulan usahawan muda rintis inisiatif ubah lorong sunyi menjadi bazar yang dikunjungi ramai di bulan puasa.