awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Basarnas bantu cari sembilan kru kapal korek masih hilang

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
25/03/2018
05:06 MYT
Basarnas bantu cari sembilan kru kapal korek masih hilang
OPERASI pasukan penyelam bagi mengesan mangsa yang terperangkap di bawah kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 dihentikan selepas pemeriksaan terhadap kapal selesai. - Foto BERNAMA/Fail
Kawasan pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang masih hilang diperluaskan kepada 360 batu nautika daripada 200 batu nautika semalam.
Operasi yang memasuki hari kelima itu turut membabitkan kerjasama Badan SAR Nasional (Basarnas) Indonesia yang berperanan membantu membuat rondaan serta pemeriksaan di perairan mereka.
Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Maritim Selatan, Kapten Sanifah Yusof berkata, operasi membabitkan pasukan penyelam dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan penyelam profesional telah dihentikan susulan pemeriksaan terhadap kapal itu selesai.
Katanya, sehingga tengah malam tadi tiada sebarang isyarat positif diterima dan pihaknya percaya mangsa sudah berada di bahagian luar kapal dengan tumpuan pencarian di kawasan perairan
“kita telah luaskan kawasan pencarian seluas 360 batu nautika dan kita akan dapat bantuan dari helikopter Maritim Malaysia.
“Pada masa sama kita berhubung dengan negara jiran kita Basarnas untuk mengkoordinasi SAR utk buat pencarian di kawasan mereka,” katanya pada sidang media di Jeti Pengkalan Nelayan, Pantai Leka Parit Jawa di sini, hari ini.
TONTON: Perkembangan SAR kapal korek karam
Katanya, jumlah keanggotaan pasukan penyelamat di permukaan air juga ditambah kepada lebih 200 anggota.
Sehingga kini, lima kru kapal itu berjaya diselamatkan susulan kejadian sejak Rabu lalu.
BACA: SAR jumpa dua lagi mayat mangsa kapal korek terbalik
BACA: SAR kapal korek: Satu mayat ditemui terapung
BACA: SAR kapal korek: Mangsa kedua dijumpai selamat
Kelmarin, dua mayat dipercayai kru kapal telah ditemui oleh pasukan penyelam sekaligus menjadikan penemuan keseluruhan mangsa adalah sembilan yang mana lima dilaporkan hidup dan empat lagi meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#Basarnas
#JBB Rong Chang 8
#Kapal korek pasir
#kru
#Maritim Malaysia
#operasi mencari dan menyelamat
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan