BAT Malaysia naikkan harga rokok

Bernama
Jun 28, 2015 09:37 MYT
Harga baharu rokok: Dunhill (RM13.80), Kent (RM13.80), Benson & Hedges (RM13.80), Peter Stuyvesant (RM12.30), Pall Mall (RM12.30) dan Lucky Strike Plain (RM14.30).
British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) akan menaikkan harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa esok, 29 Jun 2015.
"Semakan harga hari ini mengambil kira Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Syarikat telah menyerap GST selepas pelaksanaannya pada 1 April, 2015," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Harga baharu rokok: Dunhill (RM13.80), Kent (RM13.80), Benson & Hedges (RM13.80), Peter Stuyvesant (RM12.30), Pall Mall (RM12.30) dan Lucky Strike Plain (RM14.30).
#BAT #British American Tobacco Malaysia #harga rokok #rokok