BAT Malaysia naikkan harga rokok mulai Rabu

Astro Awani
November 3, 2015 14:28 MYT
Syarikat rokok British American Tobacco Malaysia akan menaikkan kesemua harga rokok di bawah jenamanya berkuatkuasa Rabu. - Gambar Fail
Syarikat rokok British American Tobacco Malaysia akan menaikkan kesemua harga rokok di bawah jenamanya berkuatkuasa Rabu.
Menurut Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataan Selasa kenaikan harga rokok ini mengambil kira jumlah yang dibenarkan oleh kenaikan cukai eksais dan kesannya terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta tekanan kos syarikat.
Harga baharu rokok Dunhill; Kent; Benson & Hedges (RM17), Peter Stuyvesant, Pall Mall (RM15.50) dan Lucky Strike Plain (RM17.50).
#Benson & Hedges #British American Tobacco Malaysia #Dunhill #Kent #Lucky Strike Plan #Pall Mall #Peter Stuyvesan #Stefano Clini