[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

BAT Malaysia umum kenaikan harga rokok syarikat itu

Roshdi Lidun 22/10/2012 | 02:14 MYT
British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Okt, 2012.
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Okt, 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Okt, 2012.
"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.
#British America Tobacco #BTA #kastam #rokok #William Toh