awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batal festival 'shopping' raya: Tiga individu termasuk pengarah syarikat bergelar Datuk ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/04/2023
07:59 MYT
Batal festival 'shopping' raya: Tiga individu termasuk pengarah syarikat bergelar Datuk ditahan
Acara Hooray x Raya Fest sepatutnya diadakan pada 19 hingga 21 April ini, berlangsung selama 72 jam tanpa henti, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd
PUTRAJAYA: Polis menahan reman tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bergelar Datuk berhubung festival jualan Aidilfitri Hooray x Fest Ray yang dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang makluman.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mereka yang berusia 23 hingga 51 tahun itu ditahan reman dua hari bermula Khamis.
Beliau memberitahu, penahanan itu adalah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu ke atas kesemua tiga suspek termasuk dua wanita.
Jika disabit dengan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan sebat dan denda.
"Setakat ini, kita menerima enam laporan berkaitan kes ini.
"Bertindak atas laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah membuka kertas siasatan ke atas penganjuran program tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
BACA: Hooray X Fest Raya: Batal di saat akhir, vendor 'naik angin' terhadap penganjur
Mengulas lanjut, Noor Dellhan berkata, semakan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Dalam pada itu, beliau berkata, polis juga sedang memeriksa kesahihan gelaran Datuk ke atas pengarah syarikat berkenaan.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika membuat sebarang urus niaga bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa jenayah atau penipuan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau balai polis berhampiran.
Acara Hooray x Raya Fest sepatutnya diadakan pada 19 hingga 21 April ini, berlangsung selama 72 jam tanpa henti, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Antara rakan artis dan selebriti yang terlibat termasuk Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Cat Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan dan Rahmat Mega.
Acara ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada Boy Iman yang juga merupakan Presiden Kelab Usahawan Selebriti Malaysia.
Sebelum ini, penganjur program itu memberi dua pilihan selepas membatalkan program tersebut.
Pilihan pertama adalah untuk peniaga mendapatkan semula bayaran atau pilihan kedua, menunggu tarikh acara berikutnya yang akan diumumkan kelak.
Topic Berkaitan
#Noor Dellhan Yahaya
#Hooray x Fest Ray
#jualan aidilfitri
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan