Apple telah merancang untuk menggunakan skrin ini pada Apple Watch Ultra baharu dengan menempah daripada LG, namun projek ini telah dibatalkan dan LG kini dilaporkan menuntut pampasan.
Punca Apple membatalkannya adalah kerana kos pembangunan dan pengeluar skrin mikroLED yang mahal hanya untuk jam. Sebaliknya, mikroLED akan digunakan pada iPhone, iPad dan MacBook.
Namun begitu, disebabkan pada awalnya Apple telah berbincang dengan LG dan LG pula telah bersiap sedia termasuk melakukan pelaburan, melantik orang baru untuk jawatan sepatutnya, memindahkan mesin di kilang dan banyak lagi dengan sekitar ratusan bilion Won telah dibelanjakan.
Menurut The Elec, walaupun LG tiada sebarang kontrak rasmi dengan Apple mereka masih mahukan pampasan atas persediaan yang telah dilakukan.
Apple tidak memberi sebarang maklum balas atas perkara ini. Buat sementara waktu, masih lambat lagi nampaknya untuk kita melihat skrin mikroLED digunakan pada produk Apple.
Apa kata anda? -Amanz