Batal saman AES, kerajaan perlu adil

Sinar Harian
Ogos 18, 2018 07:07 MYT
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata, malah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri sebelum ini pernah menyarankan agar AES dimansuhkan dan denda telah dibayar perlu dipulangkan.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa bersikap adil dengan memulangkan semula bayaran saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dilunaskan pesalah jalan raya.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata, malah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri sebelum ini pernah menyarankan agar AES dimansuhkan dan denda telah dibayar perlu dipulangkan.
“Jika kamu mahu memaafkan mereka yang tidak bayar, kamu perlu pulangkan semula wang mereka yang telah membuat bayaran. Lim Guan Eng yang kini menjadi Menteri Kewangan perlu mengotakan janjinya.
“Kerajaan tidak boleh menghantar mesej bahawa rakyat yang bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang dihukum, sedangkan mereka yang ingkar diberi ganjaran,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan PH juga lebih kejam kerana akan meneruskan AES tanpa sebarang pengurangan atau diskaun.
“PKR dan DAP sebelum ini membantah AES kerana mendakwanya kejam dan hanya alat untuk mendapatkan duit daripada rakyat," katanya.
#AES #Datuk Seri Ir Wee Ka Siong #Sistem Penguatkuasaan Automatik