BATC 2022: Keluarga Malaysia bangga kejayaan skuad negara - PM

Bernama
Februari 20, 2022 15:01 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad lelaki kebangsaan menjuarai BATC 2022. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kemenangan manis dan bersejarah pasukan lelaki kebangsaan selepas berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, turut menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengucapkan tahniah atas kejayaan itu.
"Keluarga Malaysia bangga dengan kalian," katanya dalam hantaran di laman Facebook, berserta video memaparkan pasukan kebangsaan meraikan kemenangan dalam kejohanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam itu.
Skuad lelaki negara mencipta sejarah selepas muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia buat pertama kalinya dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0.
BACA: BATC: Malaysia muncul juara selepas jinakkan Indonesia
Ia sekali gus menyekat hasrat musuh tradisi tersebut daripada menjuarai gelaran buat kali keempat berturut-turut pada kejohanan yang bermula sejak 2016 itu.
-- BERNAMA
#BATC #BATC 2022 #badminton #Kejohanan Badminton Berpasukan Asia #Perdana Menteri #ismail sabri yaakob