KUALA LUMPUR: Syarikat Batik Air mengumumkan pembatalan penerbangan OD701 dari Kuala Lumpur ke Jeddah miliknya yang dijadualkan pada 12 Oktober 2026.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu memaklumkan keputusan berkenaan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga susulan penilaian terhadap situasi semasa yang terus berkembang.
Batik Air menegaskan keselamatan dan sekuriti penumpang serta kru kekal menjadi keutamaan tertinggi syarikat.
Sehubungan itu, syarikat penerbangan berkenaan turut memohon bantuan pihak berkaitan untuk menyebarkan pengumuman tersebut bagi memastikan orang ramai, khususnya penumpang terjejas, mendapat maklumat terkini.
Penumpang yang terlibat dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan dan maklumat rasmi daripada Batik Air berhubung pembatalan penerbangan berkenaan.