Batu bukit sebesar tayar hempap Kuarters Institusi Pendidikan Gua Musang

Astro Awani
Disember 11, 2013 05:00 MYT
Kuaters Institusi Pendidikan Gua Musang yang didiami 20 keluarga di Jalan Pulai bergegar dan hampir musnah dalam kejadian bukit runtuh, apabila puluhan batu bukit sebesar tayar kereta menghempap kediaman mereka.
Tinjauan Astro Awani mendapati, bongkah-bongkah batu bergolek ke bawah dan menimpa sebahagian rumah penduduk.
Penghuni kuaters bimbang berikutan terdapat banyak lagi rekahan bukit berhampiran kediaman berkenaan.
Penghuni kuaters juga berharap pihak berwajib dapat meninjau dan melakukan pemantauan supaya keselamatan para penghuni terpelihara dan tidak berada dalam kebimbangan.
Kuaters ini menempatkan kakitangan pejabat pelajaran daerah dan guru.
Keadaan hujan pada waktu ini meningkatkan lagi risiko berlakunya runtuhan batu yang kelak akan mengakibatkan berlaku kemalangan jiwa.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.
#bukit runtuh #kediaman #Kuaters Institusi Pendidikan Gua Musang