SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berpendirian bahawa isu berkaitan Batu Puteh boleh diselesaikan dengan penglibatan langsung Peguam Negara (AG) Malaysia dan Singapura dalam rundingan.
"Malaysia dan Singapura wajar membuktikan bagaimana dua rakan hebat boleh mencuba dan menyelesaikannya dalam situasi menang-menang," katanya pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin.
Kedua-dua Perdana Menteri itu bertemu di Singapura hari ini untuk sesi Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 yang pertama sejak pandemik COVID-19.
Anwar berkata usaha itu perlu dilakukan walaupun kedua-dua pihak telah membincangkannya sejak 12 bulan lepas.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pemukiman itu, kedua-dua pemimpin kini menunggu Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) mengenai Pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa ke atas Batu Puteh (Pedra Branca), Middle Rocks dan South Ledge dan Jawatankuasa Penentu Sempadan (CBD).
Ini selaras dengan Perjanjian antara Menteri Luar Singapura dan Malaysia pada 14 Mac 2019 (Mesyuarat Bersama MSJTC dan CBD Pertama) untuk menyelesaikan isu persempadanan sempadan maritim dua hala yang belum selesai.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pemimpin mengambil maklum mengenai kemajuan baik yang dicapai pada Mesyuarat Pertama Kumpulan Kerja Teknikal mengenai Perjanjian antara Malaysia dan Singapura dalam Menetapkan Sempadan Perairan Wilayah dengan Tepat.
Ini selaras dengan Perjanjian Negeri Selat dan Perairan Wilayah Johor 1927 (Perjanjian 1995), yang berlangsung pada Jun 2023.
Kedua-dua pemimpin juga berharap untuk mengadakan Mesyuarat Kedua Kumpulan Kerja Teknikal untuk menentukan lokasi sebenar titik sempadan antarabangsa menurut Perjanjian 1995.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Anwar berkata usaha itu perlu dilakukan walaupun kedua-dua pihak telah membincangkannya sejak 12 bulan lepas. - Gambar/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).