awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan

Bernama
Bernama
02/11/2024
14:16 MYT
Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan
Mohd Haki berkata siasatan mempercayai lelaki itu meninggal dunia sejak lima hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang berbau dan berulat. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata berdasarkan maklumat diterima, pihaknya telah pergi ke rumah itu dan mendapati lelaki terbabit meninggal dunia di dalam bilik tidur di tingkat atas rumah.
"Hasil siasatan, si mati tinggal bersama bapanya berusia lingkungan 90-an yang telah nyanyuk menyebabkan polis terpaksa memecahkan pintu rumah untuk membuat pemeriksaan.
"Siasatan awal mendapati kematian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan mempercayai lelaki itu meninggal dunia sejak lima hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang berbau dan berulat.
Mayat katanya dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#polis
#mayat
#bau busuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan